Ulama Patani - Syeikh Daud al-Fatani (1769-1847)


Kegemilangan syiar Islam di Patani sering mendapat perhatian pengkaji sejarah dan pengajian Islam. Patani melahirkan ramai ulama yang menonjol dari segi ketokohan dan kewibawaan dalam menegak syiar Islam. Salah seorang ulama yang sering disebut namanya ialah Syeikh Daud al-Fatani.

Nama sebenar beliau ialah Wan Daud bin Wan Abdullah bin Wan Idris bin al-Jawi. Beliau kelahiran Kampung Kerisik (7km dari Patani). Keluarga Syeikh Daud dikatakan berasal keturunan Sulawesi yang datang ke Patani sekitar 1629. Datuk beliau, Wan Idris dikenali juga dengan panggilan Tok Wan Derasid @ Syeikh Wan Senik.

Kalau dilihat dari rentetan sejarah Siam mula menyerang Patani pada 1785. Patani tewas kepada Siam pada 1786. Pada tahun berikutnya, 1787, Syeikh Daud berangkat belayar ke Mekah. Berikutnya pada 1789 penentangan dalam bentuk perang sabil berlanjutan antara Siam-Patani.

Syeikh Daud al-Fatani merupakan orang Melayu pertama yang diberi tauliah menjadi Imam dan khatib di Masjidil Haram, Mekah. Syeikh Daud al-Fatani meninggal dunia di Taif dan makam beliau berdekatan dengan makam Abdullah bin Abbas.

Secara bandingan period sejarah hayat Syeikh Daud adalah sebelum pertelingkahan Perak-British 1874-75. Siam menyerang Patani sekitar 1785-1786 iaitu sama tahun dengan pendudukan Penang oleh Francis Light.

Baca "Biografi Syeikh Daud Al-Fatani". Link - studentsrepo 2013.

 
Sebuah hotel di Hatyai

- - - - - 

Comments

Popular posts from this blog

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)