Politik Awal Sarawak - Parti Machinda (1964-67)


Semasa awal penubuhan Malaysia parti politik Sarawak mengalami berbagai perkembangan. Salah satunya adalah penubuhan sebuah parti nama Machinda. Nama tersebut adalah gabungan Malay, Chinese dan Dayak. Machinda ditubuh sebagai respon usaha Umno mengatur politik Sarawak. Umno berpakat dengan parti Panas dan Barjasa. Beberapa tokoh Panas keluar parti kerana tidak bersetuju dengan penglibatan Umno di Sarawak.

Machinda dipimpin oleh Michael Burma sebagai Pengerusi. Michael Burma merupakan pemimpin kaum Dayak. Tokoh pimpinan lain Machinda adalah Leong Ho Yuen (asalnya PANAS kemudian keluar parti), Yeo Cheng Ho yang keluar SUPP kerana bimbang parti tersebut menjadi militan. Tokoh keempat adalah Senawi Sulaiman juga dari PANAS.

Machinda hanya bergerak dari period 1964-1967. Machinda merupakan sekutu yang rapat dengan Lee Kuan Yew. Apabila Singapura keluar dari Malaysia maka Machinda seolah hilang punca dan terus berkubur.

Baca Machinda (wiki - link).

Michael Burma berucap di sebuah perjumpaan Machinda

sumber: archives spore - link

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)