Tafsir Juz 28 - Dua Anak Thamit


Membaca tafsir juz 28 dimulai dengan surah Al-Mujadalah. Ayat awal adalah mengenai kisah hukum zihar Khaulah dan suami beliau, Aus bin Thamit. Tafsir oleh Hamka turut menyebut nama abang Aus iaitu Ubadah bin Thamit (b.586M). Ketokohan Ubadah jauh lebih banyak dikisahkan dalam sejarah. Ubadah adalah antara tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Perjanjian yang memberi dokongan kepada perjuangan Nabi Muhammad ketika awal menyebar Islam. 

Ubadah juga menyertai banyak perang bersama Nabi Muhammad. Antaranya adalah Badar, Uhud, Khandaq dan berbagai lagi. Ubadah juga menyertai perang merebut Cyprus dari Byzantine. Beliau membawa bersama isteri, Umm Harram, ketika serangan tersebut. Diceritakan bahawa Umm Harram terbunuh dalam perjuangan menawan Cyprus. Peristiwa berlaku pada 648M.

Nota:

Khaulah panjang hayatnya hidup hingga era khalifah Umar. Umar pula sangat menghormati Khaulah. Umar r.a menyebut bahawa suara/persoalan Khaulah didengar Allah maka tentulah beliau sangat istimewa.



Mushaf yang tersimpan di Tashkent

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)