Muwaqqit Dan Penentuan Waktu Solat Silam


Pada masa kini penetapan waktu solat boleh dirujuk mudah melalui jadual atau takwim. Ia disediakan oleh ahli falak yang bertugas dengan pihak berkuasa agama setiap negeri. Bagaimana pula penentuan waktu solat pada zaman silam? Pada zaman silam penentuan waktu solat banyak bergantung kepada peranan Muwaqqit. Siapakah Muwaqqit? 

Muwaqit adalah gelaran petugas masjid yang dilantik oleh pihak berkuasa bagi menentukan waktu solat. Namun bukan semua masjid ada Muwaqqit. Muwaqqit hanya ada di beberapa buah masjid ternama. 

Antara Muwaqqit yang terkenal adalah Ibnu al-Shatir (1304-1375) yang bertugas di Masjid Umayyad Damascus. Selain berpengetahuan menghitung waktu solat Ibnu al-Shatir turut memperkenal dan merekacipta jam waktu solat yang dinama sundial.

Seorang lagi Muwaqqit terkenal adalah Shams al-Din al-Khalili (1320-1380). Beliau juga bertugas di Masjid Umayyad Damascus pada era yang sama dengan Ibnu al-Shatir.

Baca muwaqit - wiki link.


Mimbar Masjid Besar Paris


Sundial hasil rekacipta Ibn Shatir

- - - - -


Comments

Popular posts from this blog

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)

Asal Kedatangan Komuniti Melayu Afrika Selatan