Cheng Ho, Parameswara dan Hang Tuah


Bagaimana sejarah Cheng Ho vis a vis Hang Tuah. Sebuah buku mengenai pengembaraan Laksamana Cheng Ho dikatakan langsung tidak menyebut nama Hang Tuah.

Sejarah Cheng Ho menyebut beliau meninggal dunia pada 1435. Manakala Sultan Mansur Syah mula naik takhta Melaka pada 1456. Hang Tuah dikata mula berkhidmat di istana pada era Sultan Mansur Syah. Maka tak betul kalau disebut Cheng Ho mengiringi rombongan Hang Li Po datang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah di Melaka. Kerana Cheng Ho telah meninggal dunia awal.

Hubungan politik China-Melaka dikata bermula pada 1403, iaitu ketika era Dinasti Ming (1368-1644). Pada ketika itu maharaja China dikata beragama Islam. Cheng Ho belayar ke Melaka buat pertama kali pada 1409 iaitu ketika pemerintahan Parameswara. Pada pelayaran 1414 Cheng Ho sekali lagi singgah di Melaka. Ada yang menyebut Parameswara di islamkan oleh Cheng Ho ketika berada di Melaka pada 1414. Tidak lama kemudian Parameswara meninggal dunia.

Namun, ada juga yang menyebut Parameswara memeluk Islam melalui usaha Raja Pasai, Sultan Zainal Abidin Bahian Syah (1349-1406). Pengislaman itu dikata melalui rombongan pendakwah yang dihantar oleh Raja Pasai. Kitab Sejarah Melayu pula menyebut orang Melaka pertama memeluk Islam melalui tokoh bernama Makhdum.

Menurut sejarawan Wang Gungwu, Sultan Megat Iskandar Shah (r.1414-1424) belayar ke China pada tahun 1414. Sultan belayar bersama Cheng Ho untuk memberi tahu Maharaja China mengenai kematian Parameswara, ayah Baginda. Ekspedisi terakhir Cheng Ho adalah pada 1433. Maharaja China kemudiannya menghenti ekspedisi melalui jalan laut kerana menganggap kerja tersebut satu pemborosan.


Terbitan 2008

[amazon - boleh dapat harga USD11]

- - - - -


Comments

Popular posts from this blog

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)