Penentang Nabi - Al-'Ash bin Wail (d.623)
Lima nama penentang Nabi Muhammad SAW yang sering disebut dalam tafsir adalah al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ash bin Wail, al-Aswah bin Abdul Yaghuts, al-Aswad bin Mutalib dan Harith bin Thalathalah (ada yang eja Harith bin Tulatila). Sedikit bio tentang al-'Ash bin Wail ada dimuatkan dalam sebuah buku terbitan PTS bertajuk 'Para Penentang Muhammad' - gbb link.
Bagi mudah meningat al-'Ash bin Wail adalah bapa kepada Amr bin al-Ash, seorang sahabat Nabi dan juga pernah menjadi gabenor Mesir. Seorang lagi anak al-Ash adalah Hisham bin al-Ash yang menerima Islam sejak awal. Beliau juga turut menerima tentangan al-'Ash bin Wail. Hisham turut dalam rombongan penghijrah ke Habshah.
Al-'Ash meninggal dunia tidak lama sebelum tahun Nabi berhijrah ke Madinah. Beliau meninggal dunia akibat luka dan bengkak kaki. Disebut juga Nabi pernah berdoa "Ya Allah tusuk mereka dengan duri daripada beberapa duri tanah Mu". Doa tersebut dituju kepada dua penentang Nabi iaitu Abu Jahal dan al-'Ash bin Wail.
Beberapa pakar tafsir pernah menyatakan al-'Ash adalah orang yang dimaksudkan dalam sejumlah ayat al-Quran. Ayat tersebut antaranya adalah Surah al-An'am ayat 8, al-A'raf ayat 187, al-Hijr ayat 95, dan ai-Israk ayat 90.
Para Penentang Muhammad terbitan PTS
- - - - -
Comments
Post a Comment