Sambutan International Women's Day
Sambutan International Women's Day (IWD) merupakan satu kalendar penting di sesetengah negara. Sambutan IWD diada pada 8 March setiap tahun. Sambutan telah bermula pada 1911 di empat negara iaitu Austria, Denmark, Germany dan Switzerland. Kini sambutan IWD sudah meluas merata negara dunia.
Penghargaan IWD di peringkat dunia semakin mendapat perhatian. Beberapa negara telah mengisytihar IWD sebagai hari cuti umum. Negara jiran kita di Asia seperti Cambodia, Laos, dan Vietnam bercuti umum sempena IWD. Ada juga negara yang memberi cuti IWD namun kepada pekerja wanita sahaja.
Petikan:
IWD is an official holiday in many countries including Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Burkina Faso, Cambodia, China (for women only), Cuba, Georgia, Guinea-Bissau, Eritrea, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Madagascar (for women only), Moldova, Mongolia, Montenegro, Nepal (for women only), Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Uganda, Ukraine, Uzbekistan, Vietnam, and Zambia
Sambutan IWD di negara kita pada tahun ini lebih mendapat liputan. Pos Malaysia turut mengeluar setem khas yang dilancar pada tarikh 8 March. Pelancaran dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita, YB Dato Sri Nancy Shukry.
Setem IWD Gibraltar
Setem IWD Australia
- - - - -
Comments
Post a Comment