Posts

Showing posts from March, 2025

Akhbar Watan Dalam Sejarah

Image
Catatan bacaan pg232. Akhbar Watan mula terbit pada Januari 1977 di bawah redaksi pimpinan Subky Latif. Baca sama: watan-1976-1997-an-independent-voice-of-the-times. melaka hari ini 2021 - link . surat-khabar-lama-yang-timbul-dan-tenggelam. blog wp - link . Chungking Mansion, Kowloon HK - - - - -

Asal Perkataan Kartun

Image
Dari mana datang kartun? Berasal dari perkataan Itali cartone yang bermakna kertas. Petikan - link : “Cartoon” (1670s) first referred to the heavy paper on which preliminary sketches for artwork were made.  While political cartoons and caricatures (literally “an overloading,” from caricare “to load; exaggerate”) are much older, “cartoon” was applied to them around 1843, then to animations c.1916 . The Italian word  cartone —which also influences the contemporary word “carton” (as in packaging), likely by way of the French  carton —referred to the heavy paper or pasteboard on which artists would sketch and plan out their larger works. From the 1670s to the mid-1800s, the English word “cartoon” referred to this paper. The  -oon  ending is a common English adaptation of French and Italian words ending in  -on  and  -one  (e.g., balloon, buffoon, macaroon). Catatan bacaan pg 231 bukuAkhbar dan Tokoh Persuratkhabaran terbitan USM. Baca sama blog d...

Majalah Wanita Terbitan Utusan

Image
Membaca tentang majalah Wanita terbitan Utusan. Diusahakan oleh wartawan Zahrah Nawawi dan kemudian disambung oleh Khadijah Hashim. Zahrah Nawawi mula bekerja dengan Utusan pada 1968. Beliau berpindah kerja ke NST pada 1979. Gaji semasa di Utusan hanya RM350 manakala di NST RM980.  Khadijah Hashim bertugas sebagai wartawan selama sepuluh tahun, 1976--1985. Beliau kemudian menubuh syarikat penerbitan K Publishing & Distributors Sdn Bhd. Baca sama: Penerbitan-penerbitan Majalah Wanita di Malaysia Dekad 1980-an. susurgalur 2014 - link . Susur galur sejarah industri majalah Melayu. kawah buku 2022 - link . Kennedy Town, HK - - - - -

Pematang Siantar dan Motosikal BSA

Image
Waktu usia kecil sesekali nampak motosikal BSA kat jalan raya di kampung. Pasti BSA itu milik orang kaya. Yang kaya tu selalunya pekebun yang punya kebun besar dan luas di kampung. Atau pemilik BSA dikalangan peniaga yang membuka kedai runcit untuk keperluan penduduk sekitar. Di Indonesia khususnya di Sumatera Utara ada sebuah kota nama Pematang Siantar yang ada banyak motosikal BSA. Motosikal yang dibuat jadi beca untuk mengangkut penumpang dan juga mengangkut barang. Mana datangnya banyak BSA di sana. BSA sebuah jenama terkenal. Nama pendekan yang bererti Birmingham Small Army. Nama BSA diambil dari nama perusahaan yang menjadi pembekal pengangkutan tentera Inggeris sewaktu Perang Crimean (1853-1856).  Asalnya BSA dikenal sebagai The Birmingham Small Arms. Motosikal BSA banyak dibawa masuk ke Sumatera oleh penjajah Belanda. BSA diguna sebagai mod pengangkutan askar Belanda yang bertugas di Sumatera. Kini di Sumatera Utara kegunaan BSA ditukar menjadi satu mod transportasi unik. I...

Seputar Diskus Mulhid

Image
Membaca tafsir Hamka J9 surah A'raf ada menyebut perkataan mulhid. Apa makna mulhid? Mulhid perkataan bahasa Arab yang bermaksud tidak percaya Tuhan. Maka puak yang Mulhid itu kita kata merka golongan Atheis. Mereka tidak percaya kepada agama. Malah mereka sering mencela agama. Kalau kita google akan kita temui juga kumpulan atheis yang aktif menyebar aktiviti gerakan mereka ke seluruh dunia. Malah negara kita juga tidak terkecuali. Ada kumpulan yang mempromosi agenda ateis. Lebih berat lagi ramai tokoh yang giat menggerak atesi adalah mereka yang dulu beragama Islam. Kebanyakan mereka dulunya tinggal di negara Islam namun telah berhijrah lama ke negara Barat seperti Canada, Sweden dan beberapa negara lain.  - - - -

Sambutan International Women's Day

Image
Sambutan International Women's Day (IWD) merupakan satu kalendar penting di sesetengah negara.  Sambutan IWD diada pada 8 March setiap tahun. Sambutan telah bermula pada 1911 di empat negara iaitu Austria, Denmark, Germany dan Switzerland. Kini sambutan IWD sudah meluas merata negara dunia. Penghargaan IWD di peringkat dunia semakin mendapat perhatian. Beberapa negara telah mengisytihar IWD sebagai hari cuti umum. Negara jiran kita di Asia seperti Cambodia, Laos, dan Vietnam bercuti umum sempena IWD. Ada juga negara yang memberi cuti IWD namun kepada pekerja wanita sahaja. Petikan: IWD is an official holiday in many countries including Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Burkina Faso, Cambodia, China (for women only), Cuba, Georgia, Guinea-Bissau, Eritrea, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Madagascar (for women only), Moldova, Mongolia, Montenegro, Nepal (for women only), Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Uganda, Ukraine, Uzbekistan, Vietnam, and Zambia Sambutan IWD di negara ki...