Seputar Diskus Mulhid


Membaca tafsir Hamka J9 surah A'raf ada menyebut perkataan mulhid. Apa makna mulhid? Mulhid perkataan bahasa Arab yang bermaksud tidak percaya Tuhan. Maka puak yang Mulhid itu kita kata merka golongan Atheis. Mereka tidak percaya kepada agama. Malah mereka sering mencela agama.

Kalau kita google akan kita temui juga kumpulan atheis yang aktif menyebar aktiviti gerakan mereka ke seluruh dunia. Malah negara kita juga tidak terkecuali. Ada kumpulan yang mempromosi agenda ateis. Lebih berat lagi ramai tokoh yang giat menggerak atesi adalah mereka yang dulu beragama Islam. Kebanyakan mereka dulunya tinggal di negara Islam namun telah berhijrah lama ke negara Barat seperti Canada, Sweden dan beberapa negara lain.


 - - - -

Comments

Popular posts from this blog

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)