New York dan Peter Stuyvesant
Seminggu dua ini saya membaca sedikit tentang penjelajahan dan penjajahan kuasa besar Barat. Khususnya tentang Dutch dan British dan sedikit sejarah mereka berkaitan New York. Selalunya saya buat sedikit catatan apa yang dapat sebagai ingatan.
Nama lama kota New York ialah New Amsterdam. Kenapa ada nama Amsterdam? Kerana pada asalnya New York adalah sebuah penempatan yang dibuka dan diduduki awalnya oleh warga Dutch. Mereka membuka penempatan di situ pada 1620.
Kemudian British datang ke Amerika dan mengambil alih New Amsterdam pada 1640. British menukar nama New Amsterdam kepada New York. Nama yang diambil sempena nama Duke of York.
Dutch kemudiannya berjaya menguasai semula New York. Mereka memberi New York nama baru iaitu New Orange. Namun penguasaan New Orange oleh Dutch hanya dalam tempoh singkat. Pada 1674 Dutch mengembali semula New Orange kepada British. Maka British kembali mengguna nama New York.
Disebut juga awalnya penyerahan New Amsterdam kepada British adalah ketika pentadbiran Dutch di bawah pimpinan Peter Stuyvesant. Sejarah tentang Peter Stuyvesant terus diingati oleh warga New York. Monumen dan statue Peter Stuyvesant masih kekal ada di New York.
Ada satu lagi legasi berkaitan Peter Stuyvessant. Dari nama dia inilah rokok Peter Stuyvessant dapat nama.
Foto - paket rokok Peter Stuyvesant dan Statue Peter Stuyvesant di Manhattan NY.
Paket rokok Peter Stuyvesant
Monument Peter Stuyvesant di Manhattan, NY
Memori Peter Stuyvessant sebagai Director General of New Netherland
- - - - -



Comments
Post a Comment