Satire Cyrano de Bergerac (d.1655)
Catatan bacaan buku Pioneers Spaceflight menyebut mengenai penulis Perancis, Cyrano de Bergerac (1619-1655). Beliau terkenal sebagai penulis paling awal menulis buku tentang pengembaraan ke Bulan. Bukan sahaja ke Bulan malah ke Matahari sama. Maka bila sebut kembara ke Matahari tahulah kita cerita tulisan de Bergerac bukanlah suatu yang real. Hanya fiksyen, ilusi dan tepatnya satira semata.
Buku tulisan Cyrano de Bergerac bertajuk The States and Empires of the Moon diterbitkan pada tahun 1657. Berikutnya, buku beliau The States and Empires of the Sun terbit pada 1662.
Bagi mengingati beliau beberapa buku biografi telah ada ditulis. Ada juga movie dan drama diterbit sama.
Baca sama:
wiki comical history of the states and empires of the moon - link.
Petikan Ai makna satira:
Satira dalam Bahasa Melayu ialah gaya bahasa kritikan sosial atau politik yang menggunakan jenaka, ironi, sindiran, ejekan, sarkasme, atau parodi untuk membongkar kelemahan, kebodohan, atau kepincangan.
Poster drama Cyrano de Bergerac
- - - - -


Comments
Post a Comment