Posts

Sekilas Mengenai Tokoh-Tokoh Filosof

Image
Berikut adalah petikan beberapa penulisan tentang tokoh filosofi Greek Plato, Aristotle dan hubung kait mereka dengan tokoh filosof Islam al-Ghazali dan Ibn Rusyd. Influens tokoh Greek; Muslims also admired the philosophical, scientific, and medical writings of classi cal Greece. They became especially interested in Plato and Aristotle, whose works  they translated and interpreted in commentaries. During the tenth and eleventh cen turies, some Muslim philosophers sought to synthesize Greek and Muslim thought  by harmonizing Plato with the teachings of Islam. Namun begitu tokoh filosof terkemuka Islam al-Ghazali pula menolak pandangan mereka; They (Plato and Aristotle) encountered resistance  among conservative theologians such as the Sufi al-Ghazali, who considered Greek  philosophy a completely unreliable guide to ultimate truth, since it relied on frail  human reason rather than on the revelation of the Quran. Tentang Ibn Rusyd pula ( link ); Partly in respons...

Pengalaman Hajj John F Keane Pada 1877

Image
Salah seorang warga Barat yang pernah ke Mekah ketika musim haji adalah John Fryer Keane (1854-1937). Keane berasal dari Whitby England. Pada usia belasan tahun beliau telah berada di Madras India mengikut ayahnya bekerja. Keanne telah tiba di Mekah pada Disember 1877 dan berada di Saudi sekitar selama enam bulan. Beliau telah menulis catatan pengalaman berada di Mekah dan diterbit sebagai sebuah  buku pada 1881. Keane sejak kecil telah bekerja sebagai pelayar kapal. Beliau pergi ke Mekah menaiki kapal dari India. Pada mulanya beliau menyamar sebagai India Muslim mengguna nama Abdul Mohamed. Nama tersebut dibantah oleh jemaah lain dan Keane menukar kepada nama Mohamed Amin. Menurut tulisan orang terkemudian Keane ke Mekah lebih kepada minatnya untuk belayar dan mengeksplor suasana haji di Mekah. Sumber bacaan terkini mengenai pengalaman haji Keane telah ditulis dalam sebuah tesis “Out of obscurity: John F. T. Keane’s  late nineteenth century hajj”. Tesis MA oleh Nicole Crisp, ...

Bacaan Sekitar Pengalaman Haji Warga Barat

Image
Topik Haji kepada warga Melayu dan Muslim memanglah suatu yang sangat biasa. Namun elok juga kalau kita cari dan ambil masa melihat perbincangan tentang Haji dari sudut warga Barat sama ada Muslim atau bukan-Muslim. Banyak juga bahan bacaan tentang pengalaman Haji ke Mekah di kalangan warga Barat. Antaranya seperti senarai berikut: Buku "The Longest Journey - Southeast Asian and the pilgrimage to Mecca" oleh Eric Tagliacozzo. Oxford Uni Press 2013. Buku "The Hajj and Europe in the Age of Empire". Edited by Umar Ryad. Terbitan Brill 2013. "Empire of the Hajj: Pilgrims, plagues, and Pan-Islam under British Surveillance, 1865-1926. Tesis MA Georgia State University tahun 2017. "Roads to Mecca: Conversion narratives of European and Euro-American Muslims". Artikel Jurnal The Muslim World 1999. 34 m/surat. "Pilgrim Pioneers: Britons on Hajj before 1940. Chapter 16 oleh William Facey. The Hajj Collected Essays. 9 m/surat. Buku "The Hajj: Collected ...

Buku Christians at Mecca

Image
Musim haji bagi tahun 1441 telah pun bermula dengan tibanya bulan Zulkaedah 1441. Namun pada tahun ini kerajaan Saudi cuma membenarkan jemaah Haji dari kalangan warga negara Arab Saudi sahaja. Jemaah dari negara lain tidak dibenar datang kerana serangan wabak Covid yang belum reda. Salah satu tajuk perbincangan tentang Haji yang menarik untuk kita baca adalah tentang usaha warga Barat yang bukan Muslim untuk datang ke Mekah. Orang bukan Islam mengikut peraturan Arab Saudi tidak dibenar masuk ke Mekah. Namun sejarah mengenai kehadiran mereka ke Mekah memang berlaku. Sebuah buku bertajuk " Christians at Mecca " ada ditulis perkara tersebut. Buku oleh Augustus Rally asalnya ditulis pada 1909 telah diterbit semula pada tahun 2011. Baca "Orang Kristen pergi 'haji' -  antara  news 2011. Nama-nama mereka yang disebut dalam buku tersebut dan tahun mereka berada di Mekah adalah: Ludovico Bartema - 1503. Vincent Le Blanc - 1568. Johann Wild - 1607. Joseph Pitts - 1680. Bad...

Tesis Finding Mecca in America

Image
Tesis "Finding Mecca in America: America Muslims and Cultural Citizenship" oleh Mucahit Bilici. Tesis phd sociology University of Michigan 2008. Tesis seliaan Assoc Prof Fatma Muda Gocek ( umich ). Kandungan: Introduction: Muslim life and American form Part 1 Cultural Settlement Finding Mecca in America : Muslim directionality and codification of American space The English language and Islam: Genealogy of an encounter Homeland security: How immigrant Muslims naturalize America in Islam Part II Citizen Practices Citizen aliens: CAIR and the rights of Muslims in the US Seeking kinship through Abraham: Muslim interfaith activism Funny jihad: Muslim comedy takes flight Conclusion: American life and Muslim forms Folder: D 1 2020 jun qibla. Masjid Bandar Baling - - - - -

Fatwa Lathi Challenge - Tiktok

Image
Kegilaan kepada tiktok menjadi-jadi kebelakangan ini. Satu daripada tiktok yang menarik ramai pengikut adalah Lathi Challenge. Pejabat Mufti WP telah mengeluar fatwa bahawa melayan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Menurut pejabat mufti LC mengandungi unsur mistik dan pemujaan. Link -  mufti  wp. Socket Tester - - - - -

Penerbit Ipta

Image
Sebuah penerbit ipta yang pernah dikunjungi adalah Penerbit Ukm Press. Pada penghujung tahun sekitar bulan November penerbit ukm mengadakan sesi jualan hujung tahun. Diskaun potongan harga hingga 70%. Penerbit Ukm - - - - -

Tarikan Pelancungan dan Mitos Lembah Lenggong

Image
Bandar Lenggong dan sekitarnya telah menjadi lokasi tarikan pelancung sejak ia digazet sebagai satu warisan arkeologi negara. Selain menjadi tumpuan kerana Perak Man Lenggong juga ada beberapa mitos tersendiri. Antaranya adalah Mitos 1: Kisah roh nenek moyang masyarakat Lanoh. Mitos 2: Keajaiban pokok kepayang. Mitos 3: Makhluk halus Chinoi. Mitos 4: Peperangan antara Raja Mawas dengan Raja Siamang. Untuk mengetahui lebih lanjut mitos tersebut baca artikel jurnal "Mitos dan lagenda sebagai produk pelancungan di Malaysia - Kajian kes Lembah Lenggong". Sumber -  jurnal  ukm 2014. Gerbang Masuk Galeri Arkeologi Lembah Lenggong - - - - -

Tesis History of Sind During Pre-Mughal Period

Image
Sebuah tesis "History of Sind during pre-Mughal period" oleh Arshad Islam. Tesis phd Aligarh Muslim University India pada 1990. Contents: Introduction Sind under the arabs Sind under the ghaznavids Sind under the Delhi sultanate Sind under the sumirah Sind under the sammah Socio-cultural life of Sind Economic conditions of Sind Conclusion [Folder: 1 2020 5 islamic] Dapatkan senarai tesis uiam -  link . Muhammad bin Qasim Mosque in Sind Arorae India (source -  pakimag ) Muhammad bin Qasim defeated Raja Dahir on 10th of Ramadan 711 AD. On 11th of Muharram, after appointing governors in all principal districts of Sindh, he left Brahamanabad and marched Towards Alore (Modern day Arore) where Fofi, son of Raja Dahir, had fortified his position. Muhammad Bin Qasim called his forces to a halt opposite the fort. This is where he built a mosque, known as Muhammad Bin Qasim Mosque. The ruins of the mosque still stand on top of a hill in Arorae. - - - - -

Membaca Qiyan dan Singing Girls

Image
Kerajaan Abbasid Baghdad bukan sahaja dipenuhi sejarah tentang khalifah yang memerintah. Ada berbagai lagi nuansa sejarah Abbasid yang boleh kita gali melalui pembacaan.Salah satunya adalah peranan Qiyan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil singing girls. Mereka adalah kelompok ahli warga istana yang mendampingi keluarga istana Abbasid. Peranan mereka adalah sebagai penghibur, penyanyi, pemuzik dan pemuisi. Salah seorang Qiyan yang terkenal adalah Arib (baca -  link ). Oleh kerana status dan peranan qiyan atau singing girls adalah istimewa maka banyak buku dan artikel yang telah ditulis mengenai tajuk qiyan dan singing girls. Penulisan tersebut adalah berdasarkan dari berbagai kajian seperti kerja tesis. Berikut adalah sebahagian bacaan yang pernah ditemui. "Embodying the empire: singing slave girls in medieval islamicate historiography". Tesis BA Pomona College 2016. Folder D 2 2020 feb11 reading. "The talent and the intellect: the Qayna's application of skill in th...

Cabaran Murid Sekolah Tahfiz

Image
Pendidikan formal tahfiz bermula dengan penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wa Qiraat Kuala Kubu Baru pada 1967. Kemudian diikuti Sekolah Imtiaz Yayasan Islam Terengganu, Maahad Tahfiz Istana Bandar Jugra tahun 2008, kemudian Kelang dan Bagan Lalang. Antara cabaran yang utama yang dihadapi oleh murid tahfiz ialah bagaimana memastikan mereka mencapai matlamat pencapaian yang telah ditetapkan. Ada kajian mendapati 60% pelajar tidak mampu menamatkan hafazan sebagaimana yang ditetapkan iaitu dalam tempoh enam semester. Tentang cabaran kesukaran menghafaz sebagai salah satu cabaran pembelajaran tahfiz. Seorang pelajar berkongsi apa yang beliau alami, “Bagi saya cabaran yang besar sebab ulang lupa, ulang lupa rasa nak ulang juzuk lain rasa cabaran besar.” Seorang murid pula dengan jelas menyatakan bahawa cabaran menghafaz ialah apabila sukarnya untuk mengingati kerana akan selalu terlupa apa yang telah dihafaz. Murid ketiga pula menyatakan bahawa, “Kadang-kadang tu nak hafal memang susah. Kadan...

Sejarah Twinings Tea

Image
Mereka yang menggemari teh pastinya mengenali Twinings Tea iaitu satu jenama teh dari England. Mula diperkenal oleh Thomas Twining pada 1706. Ironinya pada awal perniagaan Twinings kopi menjadi minuman pilihan ramai. Pada masa itu harga teh sangat mahal berbanding kopi. Maka Twining sudah melihat teh akan memberi pulangan lebih lumayan berbanding kopi. Maka bermulalah bisnes teh Twining dan kopi tidak lagi menjadi bisnes mereka. Richard Twining mula buka kedai seperti mana yang ada sekarang di kota London pada 1784. Premis kedai Twining yang terkenal di Strand, london (source -  link ) Baca "Twining on the Strand A sip of history". link  theculturetrip. Baca Twining Tea -  journeyoftea  dan  discover . Baca juga  teamagazine  dan  historyofceylontea . - - - - -

Sedikit Bacaan Awal Al-Farabi

Image
Berikut beberapa catatan pembacaan bab awal buku al-Farabi. al-Farabi merupakan filsuf besar yang pernah muncul dalam lipatan sejarah Islam. Beliau juga ahli falsafah Islam yang pertama mengemukakan pandangan alam dan falsafahnya secara integrasi dan komprehensif.   Apakah maksud falsafah? Menurut al-Farabi perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani philosophia. Philo bererti cinta dan sophia bererti hikmah. Jadi maksud falsafah adalah cinta kepada hikmah atau cintakan kebenaran. source - fb  embassy Statue Al-Farabi source -  link - - - - -

Al-Farabi 870-950 (Bacaan Buku RAJ)

Image
Entri mengenai al-Farabi pernah dipost pada Mei 2011 ( al-farabi ). Selepas menemui buku oleh RAJ yang menyenarai AF sebagai tokoh besar maka sedikit catatan dibuat berdasarkan bacaan tersebut. Nama sebenar Farabi ialah Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh (atau Uzlugh). Ia lebih dikenali sebagai al-Farabi sempena tempat kelahirannya Farab di Turkestan. Beliau lahir pada sekitar 870M. Ia berpindah ke Baghdad pada usia 40 tahun (sekitar tahun 910 M) dan menetap di sana selama 20 tahun. Beliau meninggal dunia di Damsyik Syria pada 950M akibat di serang oleh perompak ketika beliau dalam pengembaraan. Menurut RAJ al-Farabi adalah berfahaman Syiah. RAJ juga menyebut kurun ke 10 masehi dirujuk sebagai kurun Syiah kerana ia bertepatan dengan zaman peningkatan kegemilangan fahaman tersebut. Kota Baghdad sendiri sungguh pun menjadi kota khalifah pemerintah namun perlahan2 ia beralih tangan kepada kumpulan dinasti militari Syiah iaitu golongan Buyid. Pada zaman hayat al-Farabi...

Al-Farabi (872-950M)

Image
Al-Farabi terkenal sebagai tokoh falsafah. Beliau juga memberi sumbangan dalan bidang metafizik, logik, matematik dan muzik. Nama penuh beliau Abu Nasr Muhammad al-Farabi lahir pada 872M di daerah Khurasan atau Kazakhstan. Sumber berikut-  ptta , menulis tempat kelahiran sebagai Farab di Turkistan (kerana itu nama al-Farabi). Beliau meninggal dunia 950M di Damsyik. Baca –  wikipedia ;  muslimphilosophy . Bacalah buku “Teori politik Al-Farabi dan masyarakat Melayu” tulisan Idris Zakaria. Buku terbitan DBP tahun 1991. Dah beli lama tapi belum baca pun. Sebuah buku terbitan  Oneworld Publication  – Al-Farabi, Founder of Islamic Neoplatonism: His life, works and influence. Buku tulisan Majid Fikhry. Sebuah universiti di Khazakhstan  – Al-Farabi Kazakh National University ( kaznu ). Sebahagian  binaan bangunan Kellie’s Castle – – – – –

Dua Puluh Lima Cendekiawan Islam

Image
Selain buku mengenai tokoh sahabat dan tokoh musyrik dalam Qur’an turut dipasarkan ialah buku mengenai ilmuwan Islam yang telah menempa nama. Sebanyak dua puluh lima disenaraikan dalam buku berkenaan. Mereka ialah; Al-Batani (858-929M); Al-Biruni (973-1048); Al-Farabi (872-951); Al-Farghani (w.861); Al-Jahiz (781-869); Al-Jazari (1136-1206); Al-Khazin (900-971); Al-Khawarizmi (780-850); Al-Kindi (801-873); Al-Razi (865-925); Al-Zahrawi (936-1013); Al-Zarqali (1029-1087); Ibnu Al-Baitar (1188-1248);  Ibnu Bajjah (1095-1138); Ibnu Firnas (810-887); Ibnu Al-Haitham (965-1040); Ibnu Khaldun (1332-1406); Ibnu Al-Nafis (1213-..); Ibnu Miskawyh (932-1030); Ibnu Rusyd (1126-1198); Ibnu Sina (980-1037); Ibnu Tufail (1105-1185); Ibnu Zuhr (1091-1161); Jabir Ibnu Hayyan (750-815); Umar Khayyam (1048-1131) Senarai berikut pula disusun menurut tarikh riwayat hidup; 1. Jabir Ibnu Hayyan (750-815) 2. Al-Khawarizmi (780-850) 3. Al-Farghani (w.861) 4. Al-Jahiz (781-869) 5. Al-Kindi (801-873) 6. Ibn...

Tokoh Pengelasan Ilmu

Image
Membaca para awal bab pertama (m/s 3) buku Bicarawara Sains Islam disebut nama-nama tokoh pengelasan ilmu. Mereka adalah al-Khawarizmi al-Katib, al-Farabi, al-Ghazali, Ibn Khaldun dan al-Ikfani. Empat nama pertama merupakan tokoh yang biasa didengar namun tokoh kelima (al-Ikfani) adalah nama yang agak asing.  Siapakah al-Ikfani? Tidak banyak yang dapat di google tentang al-Ikfani. Mungkinkah nama tersalah eja yang sepatutnya al-Akfani. Elok benar kalau menyebut nama dalam penulisan disertakan sekali nama penuh atau setidak-tidaknya dinyata juga tahun kelahiran atau tahun kewafatan tokoh tersebut. Cara yang dicadang ini banyak diguna pakai dalam penulisan di Barat.   Pek KFC jualan Mekah – – – – –

Membaca al-Farabi

Image
Ada sebuah buku baru "Al-Farabi Filsuf Ulung Islam" terbitan Telaga Biru tahun 2017. Baru nak mula membacanya. Sebelum tu ada beberapa entri tentang al-Farabi yang elok juga dirujuk sebagai panduan. Entri "Tokoh Pengelasan Ilmu Muslim" source -  link  1. "Al-Farabi 872-950" source -  link  2. "Al-Farabi (RAJ 2006)" source -  link  3. "Dua puluh lima cendekiawan Islam" source -  link  4. Untuk mudah rujukan dibuat maka entri tersebut diulang siar pada entri berikutan. Pek kurma jualan di Mekah - - - - -

Origin Nama Visconti Ponte Vecchio Fountain Pen

Image
Sedikit mengenai Ponte Vecchio Bridge, Florence, Itali. The Ponte Vecchio, completed in 1345, is a iconic medieval stone arch bridge in Florence spanning the Arno River.  Known for its unique, narrow structure lined with jewelry and goldsmith shops. The Ponte Vecchio Bridge It survived World War II destruction.  It was the only bridge in Florence not destroyed by retreating German forces in 1944. Built in 1345 by Taddeo Gaddi (or Neri di Fioravanti), this three-arch stone bridge is famous for the shops built along its span. Originally occupied by butchers and tanners, Grand Duke Ferdinando I ordered in 1593 that only goldsmiths and jewelers could occupy the stalls to improve the smell and image of the area. - - - - -

Visconti Ponte Vecchio Fountain Pen (2015)

Image
Produk Visconti Ponte Vecchio fountain pen dibuat pada tahun 2015. The Visconti Ponte Vecchio fountain pen was created and produced in 1995 to celebrate the 650th Anniversary of the world famous bridge in Florence, Italy. Visconti Ponte Vecchio fountain pen (silver granite) The colors chosen for the three pens symbolize the different stones which were used to build the bridge: Adriatic stone (light gray/azurite with black streaks), Granite (a mixture of burgundy and gray tones), Pompei (deep cobalt blue and orange). Visconti Ponte Vecchio Pompei Blue Fountain pen in Adriatic Stone celluloid - - - - -