Posts

Artikel Kaum Madura di Malaysia

Image
Sebuah artikel "Komuniti Madura di Malaysia: satu pengamatan antropologikal tentang aspek kepimpinan" terbit dalam Jurnal Akademika. Jurnal adalah terbitan UKM pada 2009. Berbanding etnik Jawa lain orang Madura merupakan kelompok etnik yang agak lewat berhijrah ke Malaysia iaitu bermula pada awal tahun 1980-an. Terdapat satu anggapan di Indonesia bahawa orang Madura merupakan kelompok etnik yang sangat kuat dalam mempertahankan identiti dan cara kehidupan mereka. Orang Madura dikatakan tidak mahu berubah meski pun ke mana mereka bermigrasi, sama ada di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Kalimantan Barat. Andaian tersebut juga menjadi sebab kenapa berlaku konflik antara kelompok etnik Melayu, Dayak dan Madura di Sambas, Kalimantan Barat pada Januari 2009.  Sumber: akademika ( link ).  Artikel ini ditemui apabila membuat carian tentang Tengku Shamsul Bahrin. Beliau merupakan akademia yang telibat dalam menubuhkan UKM. Tengku Shamsul Bahrin pernah menulis sebuah artikel "The patte...

Tesis Budaya Politik Melayu Shah Alam (2004)

Image
Sebuah tesis "Budaya politik Melayu bandar: kajian kes di Shah Alam" pada tahun 2004. Tesis oleh Abdul Latiff Mohd Ibrahim. Source - UM  link . Event di Stadium Akuatik - - - - - 

Tesis Islamic Talismanic Shirts (2014)

Image
Mereka yang pernah berkunjung ke Museum Topkapi Istanbul pasti pernah melihat koleksi baju perang yang dipamer. Di kalangan pengkaji Barat baju tersebut dinama sebagai Islamic Talismanic Shirts. Sebanyak lebih dari seratus baju berkenaan tersimpan dalam koleksi Topkapi. Kebanyakannya datang dari zaman Uthmaniah. Untuk penjelasan lanjut baca sebuah tesis "God is the best Guardian: Islamic talismanic shirts from the gunpowder empires". Tesis phd in religious studies oleh Rose Evelyn Muravchick Pennsylvania University pada 2014. Tesis link - click . Baca juga artikel "A warrior's magic shirt" -  link  2015. [Victoria & Albert Museum] Islamic Talismanic Shirt (source - vam ac uk) - - - - -

Buku Kontrak Sosial

Image
Buku Kontrak Sosial ditulis oleh Datuk Abd Manaf Haji Ahmad. Buku terbitan Utusan pada tahun 2009. Pengarang pernah bertugas sebagai Pegawai Pelajar di Kedutaan Malaysia di Cairo. Beliau juga berjaya memperolehi MA dari Cairo.   Kontrak Sosial Baca juga artikel "Toleransi orang Melayu mengharmonikan pemajmukan kaum di Malaysia". Artikel 14 m/surat terbit dalam Jurnal Melayu 2019 - link  ukm .  "Isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca PRU-14: aplikasi pendekatan kesederhanaan. Artikel terbit dalam sebuah prosiding ipta 2018 - UM  link . - - - - -

Pokok Tua Sg Lembing

Image
Pelawat yang datang ke Pekan Sg Lembing pasti tidak melepas peluang untuk berfoto di sekitar beberapa pokok tua yang ada betul-betul di tengah pekan. Sebatang pokok paling tua namanya pokok Aspuha yang telah ditanam pada 1775. Bermakna usianya sudah melebihi 245 tahun. Kini pohon tersebut menjadi ikon Pekan Sg Lembing.   Pokok Askpuha  source - casahill ( link ) Foto pokok aspuha boleh lihat di fb hyatt ( link ). Sedikit penulisan tentang sejarah sg lembing boleh baca di pulasan ( link ). - - - - -

Gua Charas - Sg Lembing

Image
Sebuah lagi tempat tarikan di Sg Lembing adalah Gua Charas. Ia terletak beberapa kilometer dari Pekan Sg Lembing menghala bandar Kuantan. Pelawat yang datang berkereta akan menghampiri lokasi gua menyelusuri jalan kecil dengan banyak lembu berkeliaran. Parkir kereta dikena bayaran Rm3 manakala untuk melihat gua dikena pula bayaran Rm2 seorang. Baca artikel "Meneroka Gua Charas - destinasi penuh misteri di Kuantan". Source kuantanloka dot com -  link . "Mengupas cerita mitos di Pahang". Source: dunia itu 2012 -  link . "Crita mitos rakyat Pahang (2): kapal besar menjadi gua". Source - fb warisan melayu pahang ( link ). "Geologi Pahang Timur - nota kuliah geologi". Source ukm -  link . Baca juga "59 tempat menarik Pahang". Source: mai singgah ( link ). Kaki Gua Charas, Sg Lembing Petikan (source: visit malaysia -  link ); Gua Charas is a cave temple near Panching village, hidden in a palm oil plantation about 25km west of Kuantan. A limes...

Lombong Bijih Timah Sg Lembing

Image
Lombong Sg Lembing mengusaha bijih timah bawah tanah. Ia mula diusahakan oleh seorang pelombong bangsa Cina, Lim Ah Sang, pada 1868. British mula menerokai kawasan lombong Sg Lembing pada 1888. Berikutnya, Sultan Pahang bersetuju menyerah lombong kepada pihak British untuk diusahakan dengan sewa pajakan yang amat rendah. Baca "Sejarah perlombongan bijih timah di Sg Lembing". Source - negeri pahang dot com ( link ). Baca "Sg Lembing: Terowong bijih dalam & panjang". Source - Libur ( link ).  Baca "Menyusuri sejarah Sg Lembing". Source - metro 2019 ( link ). Baca "A history of the Pahang Consolidated Company Limited". 10 pages. PNM ( link ).   Gerbang masuk lombong Bijih Timah Sg Lembing - - - - -

Pantai Cherating - Asal Usul Nama

Image
Sempena musim hujung tahun berkesempatan berkunjung ke Negeri Pahang. Antara tempat yang sempat disinggahi ialah Pantai Cherating yang terletak tidak jauh dari bandar Kuantan. Bagaimanakah asal usul nama Cherating? Menurut satu artikel nama Cherating adalah cantuman dari dua perkataan iaitu cerau dan ranting. Dikisahkan bahawa pelopor yang mula membuka Cherating ketika tiba dengan perahu mendapati sungai yang beliau muarai banyak pokok bakau dan ada juga buaya. Apabila setiap kali bakau jatuh ke sungai maka bunyinya cherau, cherau, cherau. Dan setiap kali jumpa buaya beliau menghalau buaya dengan ranting. Maka itu lah asal usulnya nama Cherating. Source - kg cherating -  link . Pantai Cherating ketika panas terik - - - - -

Ayat Qur'an Terakhir Turun

Image
Buku "The Power of Al-Quran" dalam Bab 9 menerangkan tentang ayat pertama dan ayat terakhir turun. Mengenai ayat terakhir ada beberapa pendapat yang menyatakan tentang ayat mana satu yang dikata terakhir turun. Yang pasti tidak ada nas yang pasti tentang ayat yang dikata terakhir. Penulis buku (Dr Danial) menyenarai beberapa pendapat oleh tokoh ulama terdahulu tentang yang dikata ayat terakhir.  Antara pendapat tersebut adalah ayat 278 Al-Baqarah iaitu ayat mengenai riba (menurut Imam Bukhari merekod dari Abdullah Ibn Abbas). Ada pula pendapat mengata ayat 282 Al-Baqarah, iaitu ayat berkaitan hutang (menurut Imam Said bin Musayyib). Menurut Al-Baraa' bin Azib seperti direkod oleh Imam Bukhari dan Muslim pula ayat terakhir ialah ayat 176 surah An-Nisa'. Ayat tersebut berkaitan kalalah atau harta pusaka. Satu rekod lain pula oleh Ubai bin Kaab mengata ayat 129 surah at-Taubah iaitu ayat tentang sifat rahmat Rasulullah SAW terhadap umat Islam dan ketegasan Baginda terhad...

Segala Mengenai Kosmos dan Universe

Image
Bagi yang meminati subjek tentang kosmologi ada sebuah laman khusus yang dibangun iaitu "The Physics of the Universe" ( link ). Berbagai aspek mengenai topik kosmologi dimuat di laman berkenaan. Turut dimuatkan ialah info mengenai Universe. Antara topik yang ada ialah para saintis yang terlibat mengkaji tentang kosmologi. Salah seorangnya ialah George Gamow (1904-1968). Gamow mendapat pendidikan awal di St Peterburg Uni (pada asalnya nama Leningrad Uni). Baca tentang Gamow - american inst of physics ( link ).   St Petersburg State Uni [est.1724] (source -  link ) - - - - -

Pembangunan Teleskop Observatori dan Kosmologi

Image
Pada awal kurun kedua puluh, dua perkembangan penting telah menggerak usaha memajukan bidang kosmologi. Dua perkembangan tersebut ialah kejayaan merekabentuk dan membina teleskop besar dan menerbitkan teori kosmologi oleh pakar saintis Jerman, Albert Einstein. Usaha pertama iaitu merekabentuk dan membina teleskop dipelopori oleh beberapa tokoh. Antaranya ialah George Ellery Hale (dari Chicago), Harlow Shapley (Harvard) dan dua pencerap ternama iaitu Vesto Slipher (Lowell) dan Edwin Hubble (Mount Wilson). Hale membina dua buah observatori besar di Amerika. Dalam usaha membangun teori kosmologi pula tokoh yang terkedepan ialah  Einstein (Jerman), Arthur Eddington (Cambridge), Willem de Sitter (Holland) dan Georges Lemaitre (Belgium). Lanjut Resorts - - - - -

Teleskop Observatori Awal Britain dan Teknik Spectroscopy

Image
Sejarah penggunaan teleskop observatori untuk tujuan astronomi di negara Barat bermula agak lewat. Seorang ahli perniagaan di Britain, Edward Crossley, telah membina sebuah teleskop reflektor besar. Beliau meminati astronomi dan telah mengupah seorang kontraktor Andrew Common untuk membina teleskop tersebut pada 1885. Apabila siap Crossley gagal melakukan cerapan dengan teleskop beliau kerana halangan cuaca hujan dan juga adanya pencemaran udara kesan kilang perusahaan. Crossley kemudiannya mendermakan teleskop tersebut kepada Lick Observatory di California. Teleskop tersebut dipasang di puncak Mount Hamilton. Pada 1856 seorang astronomer amatur British, William Huggins, membina sebuah observatori peribadi di Tulse Hill, South London. Huggins berjaya mengguna teknik spectroscopy kepada objek celestial dan dapat mengkaji spektrum bagi planetari nebula bagi constellation Draco. Teknik steroscopy selanjutnya telah diperkembang oleh Henry Draper di New York. Draper dikenali sebagai pengasa...

Tokoh Astronomi Period Selepas Newton - William Herschel

Image
Beberapa nama yang disebut dalam buku universe dan sumbangan mereka: William Herschel (b.1738 - Hanover) - ahli astronomi amatur yang berjaya menemui planet Uranus. Dia juga telah membuat sejumlah sekitar empat ratus buah teleskop. William Herschel sering melakukan cerapan astronomi dengan ditemani adik/kakak beliau Caroline Herschel. Mereka berjaya menemui lapan komet dan tiga nebulae. Mereka juga berjaya memperbaiki jadual bintang yang sebelumnya diusahakan oleh John Flamsteed (Astronomer Royal pada period Newton). Masih sekitar Osaka - - - - -

Tokoh Universe dan Kosmologi Selepas Newton

Image
Nama Newton memanglah tidak asing bila kita berbicara tentang universe dan kosmologi. Namun selain beliau ada lagi beberapa tokoh yang nama mereka tidak femes sebagaimana Newton mahu pun Einstein. Mereka adalah; Abbe Georges Lemaitre (d.1966) kelahiran Belgium. Beliau diiktiraf sebagai a pioneer in the application of the field equations to the field of cosmology. Beliau belajar civil engineering di Catholic Uni of Leuven. He is also remembered for his discovery of cosmic microwave background radiation. Alexander Friedman - Russian cosmologist and mathematician. Beliau graduan St Petersburg State Uni pada 1910. Pernah bertugas sebagai pengarah di Main Geophysical Observatory, Leningrad pada 1925. Beliau meninggal dunia pada Sep 1925 ketika usia muda 37 tahun kerana serangan typhoid ketika bercuti di Crimea. Arthur Eddington lulus BSc in Physic 1st Class pada 1902. Beliau menyambung pengajian matematik di Cambridge dan memperolehi BA pada 1905. Mula bertugas di Royal Greenwich Observator...

Isaac Newton (1642-1727)

Image
Bila membicara tentang universe nama Isaac Newton pastinya akan disebut. Isaac lahir pada 1642 di sebuah pekan kecil, Lincolnshire. Jauhnya sekitar 116 batu jauh di luar London dan mengambil masa hampir tiga jam dengan kereta. Pada tahun 1661 Newton memasuki Trinity College, Cambridge Uni dan beliau belajar matematik dan memperolehi BA pada 1665. Pada tahun tersebut juga berlaku wabak penyakit 'Great Palgue' di London. Akibatnya universiti ditutup selama dua tahun. Newton pulang ke rumah kelahiran beliau dan belajar sendiri sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh tersebut Newton menemui beberapa perkara. Antaranya adalah - the binomial theorem, different calculus, theory of colors (in optics) dan dua hukum pergerakan (law of motions in mechanics). Pada 1667 universiti dibuka semula dan Newton kembali ke Cambridge dan dilantik sebagai fellow di Trinity College. Pada 1669 beliau dilantik professor matematik mengganti Isaac Barrow. Salah satu kejayaan besar Newton ialah menerbit b...

Ahli Astronomi Johannes Kepler (1571-1630)

Image
Johannes Kepler merupakan seorang tokoh penting dalam sejarah astronomi. Kepler lahir pada 1571 di sebuah pekan kecil Weil-der-Stadt, berhampiran Stuttgart, jarak 33km dan 30 min perjalanan. Kepler diakui mempunyai kepintaran tinggi sejak kecil. Pada usia sebelas tahun beliau telah lulus peperiksaan utama di Stuttgart. Memasuki usia lima belas tahun beliau telah diakui seorang intelektual. Pada tahun 1588 Kepler lulus ujian memasuki universiti ternama Tubingen Univerity. Beliau belajar teologi, filosofi, matematik dan astronomi. Guru astronomi beliau ialah Michael Maestin yang banyak mendedah Kepler kepada astonomi kaedah Copernicus.  Berikut disenaraikan beberapa pencapaian Kepler; 1591 berjaya memperolehi ijazah MA;  1594 ditawar jawatan profesor astronomi di Graz;  1595 Kepler menemui satu penemuan peting dalam astronomi;  1596 beliau menerbit buku "Mysterium Cosmographicum" atau dalam Inggerisnya "The secret of the Universe".  Maka dengan penerbitan tersebut...

Rentetan Sejarah Perbincangan Universe

Image
Topik mengenai universe sudah pun bermula seawal munculnya perbincangan falsafah oleh tokoh Greek silam. Beberapa nama tokoh yang membincang mengenai Universe adalah: Phytagoras (570-490 BC) - born in Samos. He was influenced by the teachings of Thales, and taught by Thales' student Anaximander. Baca - historical astronomy  -  link . Socrates (ca.470-399 BC) - at the age of 70, he was convicted of atheism, treason and corruption of the young. He was sentenced to death by a jury. Link -  universe . Plato (d.348 BC) - witnessed the notorious death of Socrates; adopted an intellectual approach to the study of celestial motion. Aristotle (384-322 BC) - discussed the general nature of the Cosmos and the physical properties of individual bodies; these defining the field of 'science" for the first time Hipparchus (190-120 BC) - Greek astronomer and mathematician who discovered the precession of the equinoxes, calculated the length of the year to within 6 1/2 minutes, compil...

Buku History of Astronomy From Thales to Kepler

Image
  Sebuah lagi buku klasik tentang astronomi "A History of Astronomy from Thales to Kepler". Judul lain sebelum versi buku ini adalah "History of the Planetary Systems from Thales to Kepler". Buku tulisan JLE Dreyer terbitan tahun 1953. The earliest cosmological ideas; The early Greek Philosophers; The Phytagorean school; Plato; The homocentric spheres of Eudoxus; Aristotle; Herakleides & Aristarchus; The theory of epicycles; The dimensions of the world; The Ptolemaic System; Medieval cosmology; Oriental astronomers; The revival of astronomy in Europe; Copernicus; Tycho Brahe and his contemporaries; Kepler; Conclusions. Folder: D Astronomy - David King. Baca juga tesis phd "The Keplerian revolution: astronomy, physics and the argument for heliocentricism". U of Western Ontario 1999. [Folder D astronomy].   Tartan Weaving Mill - - - - -

Buku Tentang Brahe dan Kepler

Image
Bila membaca perkembangan astronomi pasti nama Tycho Brahe dan Kepler akan muncul. Sebuah buku "Tycho & Kepler: the unlikely partnership that forever changed our understanding of the Heavens". Buku tulisan Kitty Ferguson terbit pada 2002. Kandungan: Prologue; Legacies; Aristocrat by Birth, Astronomer by Nature; Behavior Unbecoming a Nobleman;  Having the Best of Several Universes; The Isle of Hven; Worlds Apart; A Palace Observatory; Adelberg, Maulbronn, Uraniborg; Contriving Immortality; The Undermining of Human Endeavor; Years of Discontent; Geometry's Universe; Divine Right and Earthly Machination; Converging Path; Contact; Prague Opens Her Arms; A Dysfunctional Collaboration; "Let Me Not Seem to Have Lived in Vain"; The Best of Times; Astronomia Nova; The Wheel of Fortune Creaks Around; An Unlikely Harmony;  Measuring the Shadow. Folder: D 3b Mac 2019. Baca juga tesis phd "The Keplerian revolution: astronomy, physics and the argument for heliocentri...

Observatori Awal Muslim Period Abbasid al-Ma'mun

Image
Para astronomer Islam pada zaman silam telah membangun banyak observatori dan mengusaha banyak kajian tentang astronomi. Kalau dibuat bandingan dengan observatori di negara Barat, antara yang awal ialah pada period Tycho Brahe sekitar 1572. Beliau membangun Observatori Uraniborg di Hevn, berdekatan Copenhagen. Antara observatori awal oleh astronomer Muslim adalah: 1. Shammasiyyah Observatory, Baghdad, dibangun pada period Abbasid al-Ma'mun. Shammasiyyah mula beroperai pada 828 di bawah seliaan Sanad bin Ali. Beliau asalnya seorang Yahudi namun kemudiannya memeluk Islam. Dua pembantu Sanad bin Ali ialah Yahya bin Abi Mansur dan al-Abbas bin Said al-Jawhari. Yahya bin Abi Mansur telah membangun sebuah jadual astronomi yang terkenal, Zij al-Mumtahan. 2. Qasiyun Observatori yang dibangun di Qasiyun Mountain, Damascus pada sekitar 830-831. Observatori ini juga dibangun oleh Abbasid al-Ma'mun. Ahli astronomi yang bekerja di Qasiyun ialah Khalid bin Abdul Malik al-Mawrudhi. Observator...