Posts

Serangan PKM Era 1973-1975

Image
PKM melancar beberapa serangan dan pembunuhan sekitar period tahun 1970-an. Akademia Ho Hui Line menyenarai serangan tersebut dalam sebuah artikel beliau. Tahun 1973:  Timbalan Penguasa Polis, Wong Lim Hoon dibunuh oleh komunis di Kuala Lumpur pada 18 Januari 1973. Ini diikuti dengan pembunuhan Ketua Inspektor, Chin Chin  Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah dan Detektif Sarjan, Cheng Kek Oh di Sungai Siput, Perak pada Oktober 1973.  1974 Pada tahun 1974, berlaku lagi tiga kejadian pembunuhan terhadap pegawai pasukan keselamatan, iaitu Detektif Konstable, Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin di Melaka pada 20 April 1974 dan Detektif Konstable, Ong Soon Chua di Chemor, Perak.16 Manakala, pada pagi 4 Jun 1974, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim pula ditembak mati oleh komunis di Kuala Lumpur.  1975 Pada 26 Ogos 1975, Tugu Negara dibom dan kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling turut menjadi...

Postwar Manifestation of Radical Nationalism

Image
Firdaus Abdullah dalam bukunya memuat satu bab bertajuk Radical Nationalism: It's post-war manifestation . Sebaik tamat pendudukan Jepun golongan nasionalis yang dulunya di bawah KMM telah menghidupkan semula usaha politik mereka.  Firdaus menyebut ada empat ciri utama yang membentuk sikap para nasionalis berkenaan iaitu - "Malay stock instinct"; an uncompromising anti-colonialism; an intense desire for immediate independence; and disenchantment with the traditional social and political structure.  Menjelang berakhirnya pendudukan Jepun golongan nasionalis radikal menerus usaha juang mereka melalui penubuhan dua parti baru PKMM dan MNP. Tokoh nasionalis yang Parti tersebut dipimpin oleh Ahmad Boestamam. page 73-74. Turtuk Village, India the most northernmost village in India india dot com -  link . - - - - -

Penulis Menyokong Turki Ataturk Sekitar 1930an

Image
Pada period 1930-an berlaku kebangkitan Turki yang di pimpin oleh Atartuk. Kemajuan dan perubahan di Turki turut dikagumi wartawan akhbar dan penulis Malaya. Antara penulis yang kuat mendokong kejayaan Ataturk adalah Ahmad bin Ismail melalui penerbitannya sendiri al-Asasiyah Press, Kota Bahru. Seorang lagi penulis Mohammad Yunos bin Abdul Hamid yang menerbit buku "Mutiara dari Benua Timur" pada 1936. Beliau memapar kejayaan kegemilangan Turki Moden. Penulis Ibrahim Mahmood pula menulis buku "Turki dan Tamadunnya" pada 1938. Beliau membahas tentang kemajuan Barat yang berasas kepada tiga perkara iaitu kebebasan berfikir dan kebebasan hidup, nasionalisme dan cermat serta tekun. Pengaruh kejayaan Turki tersebut membawa kepada idea menama Kaum Muda sebagai mengkagumi kejayaan golongan Young Turks di Turki. Perubahan nama ini dicadang oleh A Samad Ahmad mengganti KMM yang kemudiannya berubah kepada Malay Youth League dan akhirnya Kaum Muda. Nota: ada buku biografi A Sama...

Catatan Buku Ishak Haji Muhammad

Image
Pak Sako pernah berkhidmat sebagai wartawan dan juga banyak menulis buku. Dalam penulisannya Pak Sako kerap meluah marahnya kepada sesetengah tokoh Melayu yang suka condong kepada penjajah British. Pak Sako juga pernah menyindir kaum feudal yang terlalu lembut dan lemah hingga mudah dipermain dan ditipu oleh Inggeris, China dan India. Pak Sako juga menegur pemimpin bila mana mereka meminjam berhutang dari ceti dan taukeh. Baca buku oleh Abdul Latif Abu Bakar "Pak Sako penulis dan ahli politik sehingga 1948" m/surat76-80 dan 103-105. [Buku ada di Lib Ratu call no 920]. Catatan bacaan ARHA m/surat `97.   Al-Serkal Mosque, Phnom Penh Baca "Mosque at eye of political storm". phnom penh post 2016 ( link ). - - - - -

Masjid Di Den Pasar Bali

Image
Pulau Bali majoriti penduduknya adalah beragama Hindu. Namun terdapat banyak masjid di sana. Kota Den Pasar sahaja ada enam belas buah masjid. Berikut ini daftar masjid di Kota Denpasar: Masjid Raya Baiturrahmah: Jalan Ahmad Yani Nomor 72A, Dauh Puri Kaja, Kecamatan Denpasar Utara Masjid Agung Sudirman: Jalan Slamet Riyadi Nomor 1, Dauh Puri, Kecamatan Denpasar Barat Baitul Makmur Mosque: Jalan Gunung Merbuk Nomor 4, Tegal Kertha, Kecamatan Denpasar Barat Masjid An-Nur: Jalan Diponegoro Nomor 192, Dauh Puri Klod, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Raya Ukhuwwah Denpasar: Jalan Kalimantan Nomor 19, Dauh Puri Kangin, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Muhammad: Jalan Imam Bonjol Nomor 335, Pemogan, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Al-Ikhlas: Jalan Gunung Batukaru Nomor 48B/114, Tegal Kertha, Kecamatan Denpasar Barat Masjid Darussalam Ubung: Jalan Cokroaminoto Banjar Batur Nomor 269, Ubung, Kecamatan Denpasar Utara Masjid Al Furqon: Jalan Gunung Mas IA Nomor 14, Padangsambian Kaja, Kecamatan Den...

Ahmadiyya Pioneer America

Image
Ahmadiyya tiba di Amerika sejak awak kurun ke-20. https://www.alhakam.org/the-untold-story-of-black-muslims-in-america-pioneering-africanamerican-ahmadi-muslim-converts-chicago/ Artikel ini pula the role of ahmadiyya movement in khasmir https://www.brownpundits.com/2019/12/21/the-role-of-the-ahmediyya-movement-in-kashmir/ List of buildings https://en-academic.com/dic.nsf/enwiki/10708551 Komuniti Ahmadiyya agresif membina masjid di merata negara Eropah. Designnya juga nampak terancang (ahmadiyya -  link ). Baitur Raheem, Alken Belgium - - - - -

Masjid Ahmadiyya Nagoya

Image
Selain masjid di Tokyo dan Kobe ada pula laporan menyebut sebuah masjid di Nagoya Jepun. Laporan juga memetik ia dibangun oleh golongan Ahmadiyya. Baca Ahmadiyya nuslim community opens Japan largest mosque -  link . Ahmadiyya in Japan. wiki - link . Mula di buka pada Nov 2015 - - - - -

Politik Awal Sarawak - Parti Machinda (1964-67)

Image
Semasa awal penubuhan Malaysia parti politik Sarawak mengalami berbagai perkembangan. Salah satunya adalah penubuhan sebuah parti nama Machinda. Nama tersebut adalah gabungan Malay, Chinese dan Dayak. Machinda ditubuh sebagai respon usaha Umno mengatur politik Sarawak. Umno berpakat dengan parti Panas dan Barjasa. Beberapa tokoh Panas keluar parti kerana tidak bersetuju dengan penglibatan Umno di Sarawak. Machinda dipimpin oleh Michael Burma sebagai Pengerusi. Michael Burma merupakan pemimpin kaum Dayak. Tokoh pimpinan lain Machinda adalah Leong Ho Yuen (asalnya PANAS kemudian keluar parti), Yeo Cheng Ho yang keluar SUPP kerana bimbang parti tersebut menjadi militan. Tokoh keempat adalah Senawi Sulaiman juga dari PANAS. Machinda hanya bergerak dari period 1964-1967. Machinda merupakan sekutu yang rapat dengan Lee Kuan Yew. Apabila Singapura keluar dari Malaysia maka Machinda seolah hilang punca dan terus berkubur. Baca Machinda (wiki -  link ). Michael Burma berucap di sebuah perju...

Cheah Boon Keng - Social Conflict 1945-1946

Image
Akademia sejarah Cheah Boon Kheng dikenali ramai melalui banyak buku yang beliau terbitkan. Pencarian di sumber online menemui kajian tesis beliau yang bertajuk "A contest for post-war Malaya: Social conflict August 1945 - March 1946". Kajian selesai pada tahun 1978 di ANU Canberra dengan seliaan oleh Anthony Reid. Tebal 458 m/surat. Kandungan: Malaya before 1942; The social impact of the Japanese Occupation of Malaya 1942-1945; The MCP and the anti-Japanese movement; Ibrahim Yaacob and the Malay Independence Movement; The post-surrender interregnum Aug 15 - Sept 12, 194; The MPAJA Guerillas take over; Kiyai Salleh and the Sabilillah Movement - May to August 1945;The MCP/BMA/Malay conflict. Sumber: anu -  link . Sebuah buku oleh Cheah Boon Kheng source: asia art archieve ( link ) Beberapa tesis lain berkait Malaya ( link ).  Baca tentang sejarah proses kemerdekaan - bspot ( link ) dan fb 446 ( link ). - - - - -

Mogok Pekerja Sebelum Darurat 1948

Image
Artikel HLL menyenarai beberapa gerakan penentangan dan mogok oleh kaum pekerja selepas sekitar period awal penubuhan PKM. Penubuhan PKM di Malaya adalah pada 30 April 1930. Antara mogok yang diadakan adalah; Mogok oleh kalangan tukang kasut Kuala Lumpur pada 30 Disember 1933. Mogok oleh kalangan tukang jahit Kuala Lumpur pada 8 Januari 1934. Mereka menuntut naik gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja. Mogok oleh pemandu lori Penang pada 10 Oktober 1934. Mogok kerana pengurangan kadar bayaran muatan dari 60 sen kepada 50 sen. Mogok pekerja Cina lombong besi Sri Medan Batu Paahat pada 16 September 1935. Mereka menuntut kenaikan gaji. Mereka berjaya mendapat kenaikan 20%. Mogok menuntut naik gaji pekerja kilang getah Sham Yip Leung, Kelang Selangor pada 6 hingga 15 Januari 1937. Mereka berjaya mendapat kenaikan gaji 7.5 ke 30%. Mogok pekerja terompah di Seremban pada 1 Mei 1937. Hasilnya mereka mendapat kenaikan gaji 10%. Lombong bijih besi Sri Medan sumber: fb ( link ) - - - - -

Tokoh PKI dan Period Awal PKM 1920-an

Image
Artikel oleh Ho Hui Ling menyebut bahawa fahaman komunis mula dibawa masuk ke Malaya pada 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT). Menjelang tahun 1924 cawangan KMT telah ditubuhkan hampir di setiap negeri. Komunis juga bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan tertentu, penerbitan akhbar dan sekolah Cina. Fahaman komunis di Malaya turut tersebar melalui pemimpin komunis Indonesia. Antara mereka adalah Tan Malaka dan Hasanoesi yang keduanya pernah sampai ke Penang. Pada 1926 dua pemimpin komunis Boedisoejitro dan Sutan Perpatih singgah di Penang dan sempat menubuh kelab di Seberang Perai. Catatan artikel "Suasana Di Tanah Melayu pada zaman darurat 1948-1960: Satu Tinjauan". buku sejarah pembinaan negara bangsa page 193. Tan Malaka (1897-1949) Baca "Mengapa Tan Malaka Seperti Dilupakan Oleh Bangsa Indonesia ". bearita 2022 ( link ). "Why was Tan Malaka killed by the Indonesian Army? " quora -  link . - - - - -

Siapa Ngah Jabor

Image
Ngah Jabor (1858-1921) adalah salah seorang tokoh Perak yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan Birch. Beliau tertangkap, dibicarakan dan dijatuhi hukum. Ada sebuah artikel khusus tentang beliau terbit dalam JMBRAS tahun 1980. Artikel bertajuk "The Identity of Ngah Jabor and Mohamed Jabor bin Bardot (1858-1921)". Baca juga Ngah Jabor ( wiki ). Folder: Afq Birch. Ngah Jabor bersama keluarga - - - - -

Mandailing Kulop Riau

Image
Satu lagi nama besar yang menjadi tokoh Melayu Kinta adalah Kulop Riau. Beliau berketurunan Mandailing dan bapanya memgusaha lombong bijih timah di Jelentoh (Gopeng) sejak 1861. Kulop Riau mendapat tenaga kerja Cina dari Penang yang dibekal oleh Baba Wee Chin. Kulop Riau pada akhirnya tidak meneruskan perlombongan kerana berkonflik dengan Sultan Ismail. The Mandailings in Perak source: sembang kuala ( link ) - - - - -

Dato Panglima Kinta

Image
Lord of Kinta adalah salah satu jawatan pembesar Perak. Gelaran penuhnya adalah Orang Kaya-Kaya Dato Panglima Kinta Sri Amar Bangsa DiRaja. Yang pertama dilantik sebagai Dato Panglima Kinta adalah Toh Tambak. Beliau adalah cucu kepada Toh Changkat Piatu. TCP adalah kapten dari Sumatera datang menetap di Kinta dan digelar Kulop Kinta. Toh Tambak diberi gelaran DPK setelah berkahwin dengan Toh Puan Intan yang merupakan anak perempuan Seri Nara Wangsa Toh Nyior Manis. TNM adalah generasi keenam kepada Tun Saban. Seorang anak Tok Tambah yang bernama Toh Changkat Sega dilantik sebagai Dato Panglima Kinta kedua dan beliau mewarisi kawasan Paloh. Seorang lagi anak Toh Tambak, Toh Changkat Rembiah dilantik sebagai Dato Panglima Ketiga mewarisi kawasan Kampung Kepayang. Pada period Sultan Ismail DPK Paloh dipegang oleh Zainal Abidin (atau Toh Bidin). Beliau menguasai banyak lombong di Pengkalan Pegoh. Toh Bidin dikenali juga sebagai Toh Cabut dan beliau berkahwin dengan anak Panglima Bukit Gant...

Perak War -Tokoh Melayu Yang Sertai British

Image
British melancar Perang Perak sebagai tindak balas kepada pembunuhan Birch. Perang Perak juga dilancar bagi memburu mereka yang terlibat dengan pembunuhan tersebut. Turut menyertai British dalam perang tersebut adalah beberapa gerombolan orang Melayu yang berkerjasama dengan British. Antara mereka adalah tiga tokoh Melayu Selangor iaitu Raja Mahmud, Syed Mashor dan Raja Indut. Turut serta adalah dua orang Mandaling iaitu Raja Asal dan Raja Uteh. Raja Mahmud dan Raja Uteh menyertai Sweetenham menyerang kawasan Kinta pada Disember 1875. Mereka disertai sama oleh empat puluh enam lelaki Melayu Selangor. Raja Uteh kemudiannya menjadi rapat dengan Clifford di Pahang. Pasukan Raja Mahmud bertindak memburu penduduk Melayu sekitar Kinta dan membakar banyak rumah. Serangan di Pengkalan Pegoh Kinta berjalan sepanjang 14-17 Disember. Catatan bacaan buku Khoo Salma Nasution dan Abdur-Razzaq Lubis m/surat 11. Maharaja Lela of Sayong? the answer is no! source: kulup-lembang ( link ) - - - - -

Artikel Pembunuhan Birch

Image
Peristiwa pembunuhan JWW Birch merupakan satu detik sejarah besar negeri Perak. Banyak penulisan mengenai peristiwa tersebut. Cheah Boon Kheng menulis artikel bertajuk "Malay politics and the murder of JWW Birch in 1875: The humiliation and revenge of the Maharaja Lela". Artikel terbit dalam JMBRAS tahun 1998. Tebal 32 m/surat. [Folder: Afq jww birch]. Sebuah artikel mengenai pembunuhan Birch ada di sabri zain ( link ). Kubur JWW Birch Kpg Teluk Memali, Kg Gajah (legasi pemikir -  link ) - - - - -

Period Awal PKM

Image
Buku The Malayan Emergency Revisited dimulai dengan info ringkas tentang penubuhan PKM. Parti tersebut bermula pada 1928 di Singapura diasaskan oleh sekumpulan pendokong aliran ideologi Kuomintang. Disebut juga peranan yang dimainkan oleh Lai Teck. Beliau kemudiannya disahkan sebagai multi agen yang menerima dana dari Perancis (bertapak di Vietnam), British dan Jepun. Satu lagi insiden awal dicetus komunis malaya adalah mogok pekerja arang batu di Batu Arang. Mogok tersebut dirancang sejak 1936 dan mencapai kemuncaknya pada 1937.   Berita mogok Batu Arang  Sumber: russel family history ( link ). - - -   Mogok di Asahan bukan di Batu Arang Baca "Empat sejarah mogok menggegar syarikat". soscili ( link ). - - - - -

Tesis Piracy and Political Economy in Malaya 1824-1874

Image
Sejarah Malaya pada period lewat kurun ke-19 diwarnai oleh campur tangan asing terutama oleh British. Pada period yang sama dikatakan laut sekitar pantai Malaya diganggu kegiatan lanun. Ada kajian akademik yang mengesah sama kegiatan lanun tersebut. Kajian menyebut adanya lanun yang terdiri dari kaum Cina. Kajian bertajuk "A covert war at sea: Piracy and political economy in Malaya 1824-1874" oleh Scott Abel pada 2016. Kandungan: Introduction; Perceptions of legitimacy in Malaya in relation to maritime raiding and law; The political economy of the Malay Kerajaan; Piracy and kerajaan economics in Malaya; Chinese piracy and political economy in Malaya. Sumber: northern illinois uni -  link . Afq D taiping clan. Sebuah buku tajuk hampir sama Piracy and Politics in the Malay World oleh Nicholas Tarling. Terbitan 1963 amazon ( link ). - - - - -

Bio Pendek Sonhadji - Pengarang Tafsir

Image
Dilahirkan pada 1922 Surakarta, Jawa Tengah. Ayahnya, Muhammad Milatu, meninggal dunia pada 1945 dan pusaranya di Inderagiri, Riau. [Info ayat berikutnya menyebut pusara di Surakarta]. Nama Sonhadji (d.1323M) adalah nama pengarang sebuah buku nahu Arab. Pada zaman Jepun Sonhadji pernah bekerja dengan Radio Jepun di Singapura. Amir Shakib Arslan Mosque, Moukhtara, Lebanon Nine different mosque designs from around the World. middle east eye ( link ). archdaily dot com -  link  dan  link2 . - - - - -

The Alliance Party and the Political Integration in Malaysia

Image
Parti Perikatan sudah mendominasi politik Malaysia sejak sekian lama. Sebuah kajian MA bertajuk "The Alliance Party and the process of political integration in Malaysia" di Western Michigan Uni selesai pada 1974. Sumber: wmu -  link . Kandungan: The concept of political integration; Malaysia an historical perspective; The Alliance Party and party politics in Malaysia; Towards political integration: the record of the Alliance Party; The Alliance and the four problem areas of Malaysian integration. Voting card for Perikatan 1959 GE Baca "Undilah calun Perikatan". design archive ( link ). - - - - -