Trend Kongsi Haiwan Berupa Kacukan


Beberapa hari belakangan mula tersebar video tunjuk ada haiwan ternakan yg dikata dari hybrid lembu dan babi. Malah laju saja sesetengah warga maya sebut nama nya sebagai lembi. Di sambung pula dengan pesanan/amaran berhati-hati lah dengan daging import. Begitu lah sentimen golongan yang terlihat peka dengan daging halal. Meski pun belum ada kepastian adakah wujud haiwan sedemikian. Dan kalau ada pun tidaklah secepat dan semudah itu boleh menembusi pasaran daging ke negara kita.

Kepekaan dan keresahan mereka itu satu bab lain. Tetapi betul kah ada haiwan lembi ni? Kenapa tak semak dulu. Paling mudah carilah kat google ada ke hybrid lembi ni. Pastinya yg penting bagi sesetengah kelompok ini bukan mengkaji. Mereka mahu sensasi. Terus sebar dengan tujuan apa ye. Menakut-nakut masyarakat? Menghasut cara sembunyi atau apa.

Pencarian ringkas di google rata-rata akan menjawab bahawa breed hybrid lembu dan babi suatu yang sukar diterima. Atau boleh kata tidak mungkin dapat berlaku.

Baca 'Is Khanzarof the result of swine and lamb crossing?'. halal mui dot org - link.


Ladang ternakan lembu Dunferm, Scotland

- - - - -


Comments

Popular posts from this blog

Panglima Nayan - Robin Hood Malaya

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)