Nasib Bisnes Kedai Buku PKNS


Tadi menyinggah sebentar Bangunan PKNS Shah Alam. Memang jarang-jarang sekali pergi tempat ni. Pengunjung pun memang tak ramai. Mereka yang datang pun ramainya kerana nak berursan di kaunter paspot Jabatan Imigresen.

Saya semak kat google katanya ada sebuah kedai buku kat Bangunan PKNS ni. Kedai nama Saba Islamic Media. Terlanjur dah tiba Bangunan PKNS carilah kedai tu. Memang ada kat Tingkat Satu. Malangnya kedai gelap saja. Kedai tak buka atau mungkin sudah tutup bisnes. Begitulah cabaran dan nasib bisnes buku. Banyak yang sudah melabuh tirai. Kat mana-mana pun sama. 

Saya baca juga satu masa dulu kat Bangunan PKNS ni ada banyak kedai buku. Paling terkenal kedai buku nama Marwilis. Ini kisah ketika Bangunan PKNS berada pada ambang kegemilangannya.Kini semuanya cuma tinggal sejarah.


Kedai buku Saba Islamic Media




- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

Apollo Spacesuit Heroin - Eleanor Foreraker

Tesis Sufism dan Al-Arabi

Mu'tazilite Ibn Abi Du'ad (d.854M)