Posts

Kassim Ahmad - Kenapa Jiwa Radikal

Image
Kassim mencerita sebab kenapa beliau berjiwa radikal. Ada banyak faktor penyebab. Termasuk kerana keturunan. Sebelah ayahnya dikata seorang yang degil. Faktor lainnya adalah keadaan penindasan kaum petani sekitar tempat lahir (i.e., Kubang Pasu) dan tempat beliau dibesarkan. Faktor ketidakadilan kaum penjajah dan kaum feudal. Turut berperanan adalah ajaran keadilan dalam Islam. Jiwa pengasih Kassim terhadap kaum tertindas datang dari ibu beliau. Ibunya seorang yang pengasih. Satu faktor lain adalah ajaran Islam dan ideologi sosialis yang beliau garap sewaktu belajar di universiti. Buku Ratu - Napoleon and Islam - - - - -

Kassim Ahmad - Jasa Buku Pak Leh

Image
Antara yang dicerita dalam memoir Kassim Ahmad adalah jasa Pak Leh, seorang tukang kayu di Bandar Baharu Kedah. Ketika itu bapa Kassim Ahmad bertukar sekolah mengajar di Bandar Baharu. Pak Leh juga merupakan guru bertukang dalam kelas pertukangan sekolah. Jasa Pak Leh adalah meminjamkan tiga jilid buku cerita Hikayat Hang Tuah kepada Kassim Ahmad. Kassim mencerita ia membaca buku tersebut dengan gelojoh dan bacaan yang meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa muda beliau. Buku Ratu - The Spanish Conquistadores [Terbitan 2009] The Spanish quest to colonize the New World, especially Aztec Mexico, Mayan Guatemala, and Incan Peru and Columbia, led to the eventual Spanish rule of the continent by politicians and bureaucrats. This compelling edition examines the politics and personalities behind one of the most expensive, bloody, and far reaching campaigns in human history. Chapters discuss relevant topics, including the rise of the Spanish empire, Cortes's adventure in Mexico, the shape a...

Pengalaman Kassim Ahmad - Mengail dan Kemalangan

Image
Mengisah pengalaman masa cuti sekolah atau setiap hujung minggu. Aktiviti mengail ikan di kawasan bendang. Diceritakan teknik menangkap ikan yang berbagai. Antara teknik yang disebut - teknik mengail, menyerkap ikan, menahan taut, menangkul ikan, dan mengelau ikan. Hasil tangkapan di kawasan bendang adalah ikan keli, puyu, dan haruan. Ada lima kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau berlaku semasa kecil dan ketika sudah bersekolah dan juga setelah dewasa; Jatuh dari tingkap rumah ke bawah ke tanah pasir pada ketinggian sekitar tujuh kaki (ketika usia dua tahun). Peristiwa pecah batas ban dan hampir hanyut. Kena bola ragbi yang ditendang kuat dan terus pengsan. Jatuh dua belas anak tangga ketika membawa pakaian siap basuh untuk dijemur. Kereta dipandu isteri jatuh ke dalam Sungai Gedung, Perak, ketika pulang satu mesyuarat parti. Rak buku Ratu Level 2 - - - - -

Pengalaman Kassim Ahmad - Guru Mandi Murid

Image
Kassim Ahmad dilahirkan pada 9 September 1933 di Kg Kubang Tampang, Kubang Pasu, Kedah. Nama asal beliau adalah Osman tetapi kerana kerap sakit nama itu ditukar menjadi Kassim. Pada masa kecil ketika di sekolah Kassim melihat amalan guru memandikan kanak-kanak yang kurang bersih di pancur. Ketika murid dimandikan guru berkenaan turut menggunakan batu kasap untuk mengeluarkan daki.  Sebuah buku oleh Kassim Ahmad - - - - -

Tafsir Juz 28 - Dua Anak Thamit

Image
Membaca tafsir juz 28 dimulai dengan surah Al-Mujadalah. Ayat awal adalah mengenai kisah hukum zihar Khaulah dan suami beliau, Aus bin Thamit. Tafsir oleh Hamka turut menyebut nama abang Aus iaitu Ubadah bin Thamit (b.586M). Ketokohan Ubadah jauh lebih banyak dikisahkan dalam sejarah. Ubadah adalah antara tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Perjanjian yang memberi dokongan kepada perjuangan Nabi Muhammad ketika awal menyebar Islam.  Ubadah juga menyertai banyak perang bersama Nabi Muhammad. Antaranya adalah Badar, Uhud, Khandaq dan berbagai lagi. Ubadah juga menyertai perang merebut Cyprus dari Byzantine. Beliau membawa bersama isteri, Umm Harram, ketika serangan tersebut. Diceritakan bahawa Umm Harram terbunuh dalam perjuangan menawan Cyprus. Peristiwa berlaku pada 648M. Nota: Khaulah panjang hayatnya hidup hingga era khalifah Umar. Umar pula sangat menghormati Khaulah. Umar r.a menyebut bahawa suara/persoalan Khaulah didengar Allah maka tentulah beliau ...

Terjemahan Quran Alexander Ross (1649)

Image
Terjemahan Quran pertama ke bahasa Inggeris dihasilkan oleh Alexander Ross sekitar 1649. Sebetulnya terjemahan oleh Ross bukanlah dari Quran bahasa Arab. Ross menterjemah berasas kepada sebuah terjemahan lain yang asalnya dalam bahasa Perancis. Terjemahan asal ke bahasa Perancis dibuat oleh Andre du Ryer pada 1647. Petikan quran archive ( link ): Alexander Ross (1590–1654) was a Scottish Christian cleric, orientalist and a chaplain to King Charles I, known for making the first complete English translation of the Quran on May 7, 1649. The translation was named “The Alcoran of Mahomet” and is actually translated from a French translation by André du Ryer published in 1647, and not from original Arabic (Ross did not know Arabic). Some have stated that the original author of this translation is anonymous, but it is attributed to Ross due to his writing a caveat to it. The translation is at times widely different from the original. Notwithstanding the protestant missionary and combative ton...

Bacaan Petikan Buku Harun Nasution

Image
Ketika membicara tentang Harun Nasution penulis buku SOFISEA turut memetik petikan beberapa buku Inggeris. Antaranta adalah; Fazlur Rahman, Islam and Modernity: Transformation of an intellectual tradition, 1982. John Walbridge, God and Logic in Islam: The Caliphate of Reason, Cambridge U Press, NY 2011. [Professor at NELC Indiana Uni]  Ulrike Freitag, A history of Jeddah, Cambridge Uni Press 2020. 16 pages intro ( link ). Binyamin Abrahamov, Islamic Theology: Traditionalism and Rationalism, Edinburgh Uni Press 1998. Muhammad Abdel Haleem, Understanding the Quran, IB Tauris 1999. Muhammad Abdel Haleem, Exploring the Quran: Context and Impact, IB Tauris 2017. Johanna Pink, Muslim Qur'anic Interpretation Today: Media, genealogies and interpretive communities, Equinox Publishing 2019. 18 pages intro -  link . MyeongDong - - - - -

Bacaan Harun Nasution

Image
Harun Nasution disenarai sebagai salah seorang 'Shapers of Islam in SE Asia'. Shaper diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai 'pembentuk'. Selain Harun turut tersenarai dua lagi tokoh Indonesia, Kuntowijoyo dan Zakiah Daradjat.  Petikan - menteri agama RI, Haji Rasjidi (1915-2001)  was the most aggressive interlocutor of Nasution. He described Nasution as a byproduct of orientalist training . Berbalik kepada Harun Nasution ada beberapa buku tulisan beliau yang sering dipetik. Senarainya seperti berikut; Pembaharuan dalam Islam: Sejarah pemikiran dan Gerakan, terbitan Bulan Bintang 1992. Islam Rasional: Gagasan dan Pemikiran, Penerbit Mizan 1989. Akal dan wahyu dalam Islam, Universitas Indonesia Press 2011. Falsafat dan Mistisisme Dalam Islam, Bulan Bintang 2014. Teologi Islam: Aliran-aliran sejarah analisis perbandingan, Univsrsitas Indonesia Press 2002. Falsafat Agama, Bulan Bintang 1973. Islam ditinjau dari berbagai aspeknya, UI Press 1985. Sebuah kafe - - - - -

Signage Family Mart Cameron Highlands Warna Hitam Putih

Image
Signage kedai Family Mart warna putih, biru dan hijau. Tapi ada juga tempat bubuh warna hitam putih. Contohnya sebuah Family Mart di Cameron Highlands. Kenapa begitu? Family Mart di Cameron Highlands pakai signboard warna hitam putih. Untuk yang belum tahu, di Jepun, kedai di kawasan pelancongan alam sekitar tidak pakai signboard warna-warni kerana tidak mahu menenggelamkan keindahan alam sekeliling. Sebab tu Family Mart, yang berasal dari Jepun, guna signboard hitam putih di Cameron Highlands. Family Mart Cameron Highlands - - - - -

Jurnal Jebat Keluaran Sulung 1971

Image
Artikel Jebat keluaran sulung tahun 1971. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan, Sekarang dan Masa Depannya Zainal Abidin Abdul Wahid Perjanjian 1909 Antara Inggeris dengan Siam Serta Latar Belakangnya J. Chandran Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu Khoo Kay Kim Perkembangan Nasionalisma James P. Ongkili Teknik Membuat Chatitan dalam Kajilidikan Teuku Ibrahim Alfian Tarian Naga Oleh Orang2 Melayu di Batu Pahat: Sesuatu Yang Unik dalam Sejarah Malaysia M.A. Fawzi Mohd. Basri "Kegiatan2 Awal Yang Berbau Politik dan Tumbuhnya Kesatuan Melayu Singapura." Rahmat Saripan Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak Sabihah Osman Unsur2 Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu Raja Ali Raja Busu UMNO, 1948-1955 Marwan Saliman Sumber -  link . Hstay Tpg - - - - -

Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya

Image
Catatan bacaan mengenai masjid yang dibina oleh kaum Cina Muslim Indonesia. Ada beberapa masjid di Indonesia yang dinama Masjid Cheng Ho (dan ada juga eja Muhammad Cheng Hoo). Semua Masjid Cheng Ho yang ada dibina oleh Cina Muslim Indonesia yang bernaung di bawah organisasi Persatuan Islam Tionghua Indonesia, PITI. Salah sebuah masjid tersebut adalah Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya. Masjid siap dibina pada 2002.  Nama Cheng Ho diambil sebagai mengingati ketokohan Laksamana Cheng Ho. Beliau terkenal sebagai pelayar yang pernah mengetuai armada China datang belayar ke Nusantara. Cheng Ho pernah mendarat dua kali di Semarang iaitu pada 1410 dan 1416. Kedatangan beliau adalah untuk mengunjungi Raja Majapahit. Sebagai satu keistimewaan kebanyakan masjid Cheng Ho dibina dengan binaan menyerupai sebuah kapal sebagai simbol Cheng Ho seorang pelaut. Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya - - - - -

Masjid Lautze 2 Bandung

Image
Selain Masjid Lautze lokasi Jakarta ada sebuah lagi Masjid Lautze iaitu di Bandung. Namanya Masjid Lautze 2, terletak di No. 27, Jalan Tamblong, Bandung. Masjid Lautze 2 diusaha bangunnya oleh  Karim Oei Tjeng Hien pada 1997. Sebelum itu pada 1991 Karim Oei membangun Masjid Lautze 1 di Jakarta Pusat. Baca 'masjid Tionghua tertua Bandung'. suaka online -  link . [sumber yang dipetik oleh buku merah] Masjid Lautze 2: kiblat bagi etnis tionghua pelajari Islam. bandungraya news -  link . Masjid Lautze 2, Bandung - - - - -

Masjid Lautze Jakarta

Image
Sebuah lagi masjid Cina Muslim Indonesia adalah Masjid Lautze berlokasi di deretan rumah kedai beralamat No.87-89, Jalan Lautze, Sawah Besar, Jakarta Pusat. Ia terletak tidak jauh dari Pasar Baru kawasan Chinatown Jakarta. Masjid Lautze adalah bawah kelolaan Yayasan Haji Karim Oei. Masjid dibina pada tahun 1991. Haji Karim Oei (1905-1988) merupakan seorang tokoh pembela agama dan tanah air. Nama asal beliau Oei Tjeng Hien. Beliau berasal dari Padang, Sumatera Barat. Baca republika ( link ) dan wiki -  link . Baca kompas 2023 -  link . Masjid Lautze, Jakarta Pusat - - - - -

Masjid Muhammad Cheng Hoo Purbalingga

Image
Banyak masjid Cina Muslim di Indonesia yang dinamai Masjid Cheng Ho. Salah satunya adalah Masjid Muhammad Cheng Hoo di Purbalingga. Lokasi masjid lebih betulnya adalah di Desa Selanggeng, Daerah Mrebet, Jawa Tengah.  Masjid dibina atas inisiatif mualaf Cina bernama Thio Hawa Kong atau Heri Susatyo. Mula dibina pada 2005 namun terhenti setahun kemudian akibat kekurangan dana. Pembinaannya diterus semula pada 2010 dan siap pada 2011. Selain di Purbalingga, Masjid Chen Ho turut ada di beberapa tempat lain iaitu Semarang, Batam, Banyuwangi, Gowa, Kutai, Samarinda, Jambi, Surabaya dan juga Malang. Baca juga 'Masjid Muhammad Cheng Hoo Purbalingga yang berarsitektur mirip kelentang'. jateng prov -  link . 'Menjadi nama sejumlah masjid, benarkah cheng ho seorang Muslim?' voa indonesia dot com ( link ). dan kompas ( link2 ). Masjid Muhammad Cheng Hoo, Purbalingga - - - - -

Masjid Siti Djirzanah Jogyakarta

Image
Ada beberapa masjid Cina Muslim di Indonesia. Salah satunya adalah Masjid Siti Djirzanah, Jogyakarta. Masjid terletak di Jalan Margomulyo No 25, di bangunan rumah kedai. Jiran bersebelahannya adalah kedai batik Soenardi dan sebuah kedai elektronik. Masjid Siti Djirzanah Jogyakarta diusahakan oleh Henri Zudianto, mampan wali kota Jogyakarta (mantan datuk bandar). Beliau mengusaha mendiri masjid tersebut bersama adik yang bernama Ellys Yudhiantie dan Rudi Sastyawan. Mereka menama masjid dengan nama arwah ibu mereka Siti Djirzanah. Masjid mula dirancang selepas kematian Siti Djirzanah pada 2015. Baca 'Uniknya masjid Siti Djirzanah' -  link . Masjid Siti Djirzanah, Wujud Terima Kasih Herry untuk Malioboro -  link . Masjid Siti Djirzanah [sumber: kompasiana -  link ] - - - - -

Buku Polemik Salafiyah vs ASWJ

Image
Polemik aliran pemikiran Salafiyah dan yang menolak mereka memang terus berpanjangan. Baca sama artikel 'Perselisihan antara gerakan al-asya'irah dan salafiyah'. research gate ( link ). Artikel yang mengulas perselisihan tersebut dari sudut latar belakang, analisis isu dan melihat isu tersebut melalui kacamata pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah. Buku beli dah lama namun belum baca - - - - -

Abbasid Revolution in Marw - New Data

Image
Sejarah revolusi Abbasid menjatuhkan Umayyad dikata bermula dengan kebangkitan di Marw (ada yang eja Merv). Kebangkitan tersebut dikepalai oleh Abu Muslim al-Khorasani. Berdasar nama beliau origin dari wilayah Khorasan. Beliau dikata seorang bertaraf mawla. Sebuah artikel The Abbasid revolution in Marw: new data. Artikel ditulis oleh pengkaji dari ehess, france. Penulis Étienne de la Vaissière (b.1969) adalah pengkaji sejarah berasal Perancis. Baca wiki - link . Sumber: academia ( link ). Apa signifikan Marw? Marw, where was settled the biggest Arab garrison in Iran, the leading role of the Kūfa centre, and the organisation of the Revolution overwhelmingly dominated by Arab inherited conflicts. Deretan kereta untuk sewa - Jeju - - - - -

Richard Bell - Qur'anic Translation

Image
Membaca Bab 1 buku Sirry menemukan kita dengan berbagai rujukan yang terdiri dari penerbitan oleh ramai akademia. Salah satunya adalah buku tulisan Richard Bell 'The origin of Islam in its Christian environment'. Buku terbitan asal tahun 1926. Diulang terbit oleh Routledge tahun 1968.  Richard Bell (1876-1952) adalah pensyarah bahasa Arab di Edinburgh Uni dan bersara pada 1947. Beliau merupakan  an early investigator of Christian influences on the development of Islam .  Baca wiki richard bell ( link ) dan christian influences on the islamic world ( link ). Baca juga intro to richard bell ( link ). Satu lagi buku oleh Richard Bell adalah 'The Qur'an translated with a critical re-arrangement of the Surahs. Terbitan Edinburgh Uni Press 1937-39. Petikan: Bell’s translation did not gain much popularity, mainly due to the fact the translation is more preoccupied with the origins of the Quran in Christianity and theories about what Muslims did to the text of the Quran, and in...

Buku Richard Bell - The Origin of Islam in it's Christian Environment (1925)

Image
Richard Bell menerbit sebuah buku mengenai Nabi Muhamad dan Islam. Buku berjudul The Origin of Islam in it's Christian Environment. Buku diterbit pada 1926. Buku berasas kandungan lecture yang disampaikan oleh Bell dalam siri The Gunning Lectures di Edinburgh Uni pada tahun 1925. Kandungan: The Eastern Church and the Christian environment of Arabia; Christianity in South Arabia and its influence upon the Arabs in general; The beginning of Muhammad's religious activity; The moulding of the Prophet; The attitude of the Prophet towards Christianity; The Christian populations at the Arab conquest; Christians influences in early Islam. Folder: Atq 2023 april 1 Madinah Jews. Restoran Nooodles, KLIA The word for noodles in English was borrowed in the 18th century from the German word Nudel. The German word likely came from Knodel or Nutel, and referred to any dumpling, though mostly of wheat. - - - - - 

Polemik Al-Jabbar Tentang Sejarah Kristian

Image
Bab pendahuluan sebuah buku Sirry memuat perbincangan mengenai tulisan Al-Jabbar (935-1025M) yang mengkritik sejarah agama Kristian. Siapakah Al-Jabbar dan kenapa penulisan beliau menjadi polemik. Beliau hidup pada period Abbasid dikuasai pemerintahan Buyid. Al-Jabbar merupakan ulama dan juga Qadi pendokong aliran Muktazilah. Gelaran yang diberi kepada beliau adalah Qadi al-Quddat (makna lainnya adalah Ketua Hakim atau Chief Magistrate). Tulisan Al-Jabbar yang menimbul polemik adalah (wiki -  link ); Abd Al-Jabbar produced an anti-Christian polemic text  Tathbit Dala’il Nubuwwat Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم,  (‘The Establishment of Proofs for the Prophethood of Our Master Muhammad). Teks berkenaan telah diterjemah ke bahasa Inggeris dan diterbit oleh Bringham Young Uni; Critique of Christian Origins: a parallel English-Arabic text , edited, translated, and annotated by Gabriel Said Reynolds and Samir Khalil Samir, Provo, Utah: Brigham Young University Press, 2010...