Posts

Perang Cumbok Aceh

Image
  Catatan buku Dawud Beurue-eh page 24. Ada disebut berlakunya Perang Cumbok di Aceh pada 1945-46. Apakah Perang Cumbok? Petikan Ai: Perang Cumbok adalah konflik sosial yang terjadi di Pidie, Aceh. Konflik yang berlaku antara Disember 1945 hingga Januari 1946. Konflik  antara bangsawan kelompok uleebalang dipimpin Teuku Daud Cumbok yang mendukung Belanda dengan ulama  (tergabung dalam PUSA ) yang mendukung proklamasi kemerdekaan Indonesia. Perang ini merupakan puncak ketegangan sosial-politik lama yang bertujuan menghapus sistem feodalisme, dan dimenangkan oleh pihak ulama. Baca sama: Perang Cumbok penyebab pertempuran dan dampak. kompas 2021 - link . Sejarah Perang Cumbok dan perubahan sosial di Aceh 194-46. jurnal sejarah kebudayaan - link . Di mana Pidie? - - - - -

Teungku dan Tengku

Image
Kenapa ada gelaran Teungku. Sama ke dengan Tengku. Petikan Ai: Nama "Teungku" (atau  Tengku ) diguna sebagai gelar untuk menandakan status sosial. Namun maknanya berbeza mengikut konteks wilayah, sama ada sebagai gelar bangsawan Melayu atau gelar keagamaan/akademik di Aceh. Gelar bangsawan Melayu  Tengku  menunjukkan keturunan diraja, sementara  teungku  dalam budaya Aceh lebih sering merujuk kepada ulama, tokoh agama, atau orang yang berilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang agama Islam. Tokoh bernama Teungku Dawud Beureu-eh dari Aceh - - - - -

Sejarah Supermarket dan Emporium kat Malaysia

Image
Elok juga kalau kita tengok sejarah supermarket yang ada kat tanah air kita. Bila mula bisnes supermaket dan dimanakah supermarket yang pertama diMalaysia. Bagaimana pula dengan negara jiran kita, Singapura. Sejarah tentang emporium pun tak kurang menariknya. Mana datang dulu supermarket ke atau emporium? Supermarket pertama adalah GAMA Supermarket di Penang. Ia mula beroperasi pada 1967.  Sebagai tambahan kena sebut juga shopping complex (atau mall) yang pertama adalah Ampang Park. Ia mula beroperasi pada March 1973. Pertama Complex Jalan TAR mula dibuka pada 1976. Baca sama campbell shopping complex - link . Ampang Park sudah roboh - - - - -

Catatan Supermarket Eropah

Image
Beberapa hari ini banyak juga google tentang nama supermarket yang ada banyak kat Eropah. Ada macam-macam nana supermarket. Ada Lidl, Kaufland, ada Aldi dan banyak lain. Kenapa mereka pilih nama tersebit. Apa cerita di sebalik nama tersebut. Kita lihat dulu tentang Aldi Supermarket. Aldi mula bisnes pada 1946. Aldi diasaskan oleh dua beradik Karl Albrecht (1920-2014) dan Theodor Albrecht (1922-2010). Petikan Ai: The supermarket chain ALDI is named because it is a portmanteau of ' Al brecht Di scount'.  The name reflects the company's founding by the Albrecht brothers and its business model of offering affordable products at a discount.   What portmanteau mean? a word blending  the sounds and combining the meanings of two others, for example motel or brunch.  Primark, Frankfurt (2023) Primark is not supermarket but clothing or fashion retailer - - - - -

Bahan Sejarah 1873 - Perak dan Ubat Gigi

Image
Apa pulak 1873 ada Sejarah Perak dan Ubat Gigi ni. Macam pelik saja. Banglo Captain Speedy Banglo Captain Speedy di Matang, Taiping dibina oleh Menteri Ngah Ibrahim pada 1873. Setahun kemudian pada 1874 berlaku pula Perjanjian Pangkor. Pada 1875 JWW Birch dibunuh. Seterusnya berlaku kekecohan yang berlanjutan. Sejarah mengheret hingga membawa berakhirnya bisnes lombong timah Ngah Ibrahim. Akhirnya pada 1877 Ngah Ibrahim terbuang ke Pulau Seychelles. Apa pulak sejarah 1873 berkait ubat gigi? Bila sebut ubat gigi ramai kita yang guna ubat gigi Colgate. Sejarah Colgate juga sebetulnya bermula pada 1873. Pada tahun tersebut Colgate mula mengeluar produk ubat gigi pertama mereka. Ubat gigi Colgate mula diperkenal oleh seorang doktor gigi nama William Colgate (1783-1857). Bisnes Colgate ini disambung pula oleh anak William Colgate nama Samuel Colgate (1822-1897). Produk ubat gigi pertama Colgate pada 1873 - - - - -

Buku The Indianized States of Southeast Asia

Image
Buku boleh muat turun. Coedes, G (1968). The Indianized States of Southeast Asia oleh G Coedes. Terbitan UM Press tahun 1968. Tebal 418 m/surat. Sumber: us archive ( link ). Setem keluaran tahun 1968 - - - - -

Siam in the Malay Peninsula - Terbitan Fraser & Neave

Image
Buku terbitan Fraser & Neave bertajuk Siam in the Malay Peninsula. Terbitan tahun 1902. Kita biasa dengar nama syarikat konglomerat F&N. Syarikat yang terkenal dengan produk minuman berperisa oren dan lain-lain perisa. Maka bila sebut F&N pasti kita terbayang minuman jenama F&N dan juga produk susu F&N. Suatu yang ramai tidak menyangka F&N (atau Fraser & Neave) juga dulu adalah sebuah penerbit (publisher) yang pernah menerbit buku. Sebuah buku terbitan Fraser & Neave bertajuk Siam in the Malay Peninsula. Buku diterbitkan oleh Fraser & Neave Singapore pada 1902. Buku masih menjadi bacaan dan rujukan pengkaji hingga kini. Terbitan terbarunya adalah pada 2022.  Terbitan 2022 Kenapa nama Fraser & Neave? The company is named Fraser and Neave because it was founded by two Scotsmen, John Fraser (1843-1907) and David Chalmers Neave (1845-1910).  In 1883, they established The Singapore and Straits Aerated Water Company, and the name was officiall...

Mut Tsai Asia Tenggara

Image
Pagi ni melihat balik sebuah entri lama tajuk Mut Tsai. Entri ada kat geosetem. Ada link wiki sama yang turut sebut mengenai Mut Tsai kat Aceh. Malah Mut Tsai kemudian melebar sampai ke Tanah Arab. Ada sebuah artikel tentang Mut Tsai. Artikel bertajuk Eunuchs and Concubines in the History of Islamic Southeast Asia'. Tulisan akademia William Gervase Clarence-Smith dari SOAS London. Terbitan Brill tahun 2007 - link . Folder: 2025 okt rumah - nov - pdf. Setem 125 Tahun Filipina - - - - -

Buku Terbitan Tahun 1968 - Syed Naquib Al-Attas

Image
Seawal 1968 telah terbit buku Syed Naquib al Attas. Buku the Origins of the Malay Sha’ir terbitan DBP. Berikutnya sebuah lagi buku pada 1970. The Mysticism of Hamzah Fansuri juga terbitan DBP. Bread Jubi-Brot [Bread in German is brot] Buku Your Best Bread (harga Euro36) sumber - link - - - - -

Orientalis German Schwally

Image
Semasa membaca sebuah buku berkaitan orientalis dan kitab ketemu nama Schwally. Siapa Schwally dan apa perbincangan besar berkait beliau? Nama penuhnya Friedrich Schwally (1863-1919), seorang orientalist berasal German. Petikan Ai: Friedrich Schwally (1863–1919) was a German orientalist and a key figure in the Western academic study of the Quran. His views on Muhammad and Islam are primarily documented in his revisions and expansions of Theodor Nöldeke's foundational work,  Geschichte des Qorans  (The History of the Qur'an) .   Baca wiki schwally - link . Tebang pokok 11/24 - - - - -

Senarai Memorial Kekejaman Merata

Image
Jumpaan google - kali ni tentang memorial kekejaman yang banyak ada merata dunia. Kalau pergi Taiwan ada empat memorials sana. Ada 228 Taipei Memorial; Jing-Mei Memorial Park; New Life Correctional Center dan Villa Oasis Prison. Kat Afrika ada banyak memorial di Rwanda. Sumber: after dictatorship - link . Ole Ole Bali, Putra Height - - - - -

Nasib Bisnes Kedai Buku PKNS

Image
Tadi menyinggah sebentar Bangunan PKNS Shah Alam. Memang jarang-jarang sekali pergi tempat ni. Pengunjung pun memang tak ramai. Mereka yang datang pun ramainya kerana nak berursan di kaunter paspot Jabatan Imigresen. Saya semak kat google katanya ada sebuah kedai buku kat Bangunan PKNS ni. Kedai nama Saba Islamic Media. Terlanjur dah tiba Bangunan PKNS carilah kedai tu. Memang ada kat Tingkat Satu. Malangnya kedai gelap saja. Kedai tak buka atau mungkin sudah tutup bisnes. Begitulah cabaran dan nasib bisnes buku. Banyak yang sudah melabuh tirai. Kat mana-mana pun sama.  Saya baca juga satu masa dulu kat Bangunan PKNS ni ada banyak kedai buku. Paling terkenal kedai buku nama Marwilis. Ini kisah ketika Bangunan PKNS berada pada ambang kegemilangannya.Kini semuanya cuma tinggal sejarah. Kedai buku Saba Islamic Media - - - - -

Bacaan Tamerlane

Image
Beberapa artikel mengenai Talerlane. Timurlane - the battle for his heritage. sumber: qalam dot global ( link ). Baca sama How Shah Reza Pahlavi squandered the Persian Empire - link . Prague - - - - -

Pokok Black Thorn Pertama

Image
Baru ini makan durian jenis Black Thorn. Makan kat sebuah gerai di Bentong Pahang. Itu lah kali pertama mencuba Balck Thorn. Memang sedap. Lepas tu terlintas pulak nak tahu cerita dan info tentang Black Thorn. Nama lainnya durian D200. Rupanya Black Thorn ni memang asal dari Malaysia. Pokok pertamanya ditanam di Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap Penang. Pertama yang menanam Black Thorn ni nama Dato' Leow Cheok Kiang. Hidup lagi tokoh ni dan siap dapat pingat gelaran Dato. Anugerah dari YDP Penang, Tan Sri Ramli Ngah Talib pada Julai 2025. Pokok Black Thorn pertama Baca sama: black thorn origin story - says dot com 07/2025  link . Tentang asal usul nama Musang King - says dot com 01/2024 - link . - - - - -

Hari Pos SeDunia

Image
Semalam (tepat nya tarikh Okt 9) merupakan sambutan hari pos sedunia. Saya pun amik masa membaca sedikit cerita tentang beberapa pejabat pos merata dunia.  Menariknya ada sebuah pejabat pos kat sebuah bandar / pekan nama Hell. Rupanya ada juga tempat kat dunia kita ni nama Hell. Dari banyak-banyak nama kenapa lah nama Hell yang mereka bubuh. Kat mana Hell ni. Hell sebuah bandar / pekan kat Cayman Island. Kat mana pulak Cayman Island ni. Cayman Island adalah sebuah pulau di Gugusan Caribbean. Jiran Cayman Island adalah Cuba, Jamaica dan beberapa pulau lain yang membentuk Gugusan Kepulauan Carribean. Hell Post Office Sebuah signage lokasi Hell, Cayman Island Perhati di mana bandar/pekan Hell Cayman Island - - - - -

Dua Peristiwa Bersejarah Melayu 1919 dan 1969

Image
Tulisan ini terbit susulan membaca tentang setem Malaysia pada 1969. Tahun tercetusnya peristiwa Mei 13, 1969. Terjumpa pula satu artikel mencerita peristiwa Mei 13 oleh pengkaji. Disebut sama satu lagi pertelingkahan melibat kaum Melayu pada 1919. Peristiwa 1919 berlaku bukan di tanah air tetapi di Cardiff. Baca sama: 1919, 1969 and memories of Malay cosmopolitanisam. new mandala dot org - link . Samul Surat Hari Pertama setem Minggu Solidairy  Keluaran pada Februari 1969 - - - - -

Revolusi Perancis - Noyades Drowning

Image
Catatan bacaan page 344. Satu lagi tragedi ganas dan kejam melawan kebangkitan Vendee adalah peristiwa pelemasan beramai yang dinama Noyades. Sekitar lima hingga enam ribu penduduk Vendee terbunuh. Mereka diikat beramai lalu dihanyut dalam sampan dan sengaja dilemas di Sungai Loire.  Antara yang bertanggung jawab melaku kelemasan Noyades adalah Komander Jean-Baptiste Carrier. Beliau dibebaskan oleh jawatankuasa siasatan. Namun beliau pada penghujung hayatnya mati hukuman guilotin. [baca britannica - link  ; wiki - link ]. Baca sama: Drowning in the Loire by order of the fierce Carrier. revolution - link . Drowning at Nantes. world history dot org - link . Jean-Baptist Carrier in a slave trading city: Atlantic world violence and the French Revolution. oxford uni - link .  Jean Baptiste Carrier. executed today - 1794  link . baca executed yang lain - 1793  link . https://www.executedtoday.com/2013/12/16/1794-jean-baptiste-carrier-of-the-noyades-de-nantes/ Esti Dra...

The French Revolution - Massacre of Machecoul 1793

Image
Catatan bacaan m/surat 340.  Buku menyebut tentang rusuhan Macheoul. Rusuhan belaku pada bulan March 1793. Rusuhan berlaku ekoran Raja Louis dijatuhi hukuman bunuh. Para penyokong monarki dan penentang revolusi mula menunjuk kemarahan mereka. Kebangkitan ini dikenali juga sebagai kebangkitan La Vendee, merupakan satu kebangkitan rakyat dan petani yang anti-borjuis. Para perusuh menunjuk kebencian mereka kepada pegawai kerajaan tempatan dan juga penyokong republik. Turut menjadi sasaran adalah paderi yang pro-kerajaan. Dikata lima ratus orang pegawai kerajaan dan penyokong republik ditangkap, diseksa dan dibunuh. Antara nama tokoh yang mencetus kebangkitan adalah Jacques Cathelineau dan  Jean-Nicolas Stofflet. Vendee dan Machecoul adalah kawasan pedalaman dan sukar untuk kerajaan revolusi pusat datang bertindak. Baca sama: First massacre of Machecoul. wikiwand - link . War in the Vendee. ebsco dot com -  link . Old Town, Tallinn - - - - - 

Bacaan Mengenai Revolusi Perancis

Image
Bulan ini mula membaca buku tentang Revolusi Perancis. Masa sekoiah dulu pernahlah dengar pasal Revolusi Perancis. Belajar dalam subjek sejarah. Tak ingat waktu darjah berapa. Mungkin subjek Tawarih darjah enam kot. Mungkin juga waktu subjek sejarah menengah rendah. Apa pun ada beberapa artikel letak sini untuk bacaan lain masa. Artikel tajuk Liberty of Death - The French Revolution. Artikel tahun 2018 - link . Daily life in the French Revolution. Peter McPhee tahun 2017 - link . Jacobins - satu kelab atau himpunan pendokong revolusi - link . Jacobins and their role in the French Revolution - link . The Flight to Varennes: A coach journey across French. 4 pages  - link . When the King took flight - link . Foto ni kat Ria - - - - -

Sedikit Mengenai Tram Riga

Image
Semasa berada di Riga amik kesempatan naik tram beberapa kali. Sistem tram Riga mula dirancang pada 1874 (sama tahun dengan Perjanjian Panglor kat Perak). Tram Riga mula beroperasi pada 1882. Mulanya tram yang ditarik oleh kuda. Pada 1901 tram berkuasa letrik mula digunakan. Tokoh yang membangun tram Riga adalah Lu Eugene Dupont. Beliau sebelum itu membangun sistem tram Zurich, Switzerland. Tram Riga 2006 Tram Riga 2012 The first electric tram Riga (1901) Baca electric tram Riga 1901 - link . Horse-drawn tram (1882) the first horse-drawn tram riga - link . - - - - -