Posts

Cabaran Murid Sekolah Tahfiz

Image
Pendidikan formal tahfiz bermula dengan penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wa Qiraat Kuala Kubu Baru pada 1967. Kemudian diikuti Sekolah Imtiaz Yayasan Islam Terengganu, Maahad Tahfiz Istana Bandar Jugra tahun 2008, kemudian Kelang dan Bagan Lalang. Antara cabaran yang utama yang dihadapi oleh murid tahfiz ialah bagaimana memastikan mereka mencapai matlamat pencapaian yang telah ditetapkan. Ada kajian mendapati 60% pelajar tidak mampu menamatkan hafazan sebagaimana yang ditetapkan iaitu dalam tempoh enam semester. Tentang cabaran kesukaran menghafaz sebagai salah satu cabaran pembelajaran tahfiz. Seorang pelajar berkongsi apa yang beliau alami, “Bagi saya cabaran yang besar sebab ulang lupa, ulang lupa rasa nak ulang juzuk lain rasa cabaran besar.” Seorang murid pula dengan jelas menyatakan bahawa cabaran menghafaz ialah apabila sukarnya untuk mengingati kerana akan selalu terlupa apa yang telah dihafaz. Murid ketiga pula menyatakan bahawa, “Kadang-kadang tu nak hafal memang susah. Kadan...

Sejarah Twinings Tea

Image
Mereka yang menggemari teh pastinya mengenali Twinings Tea iaitu satu jenama teh dari England. Mula diperkenal oleh Thomas Twining pada 1706. Ironinya pada awal perniagaan Twinings kopi menjadi minuman pilihan ramai. Pada masa itu harga teh sangat mahal berbanding kopi. Maka Twining sudah melihat teh akan memberi pulangan lebih lumayan berbanding kopi. Maka bermulalah bisnes teh Twining dan kopi tidak lagi menjadi bisnes mereka. Richard Twining mula buka kedai seperti mana yang ada sekarang di kota London pada 1784. Premis kedai Twining yang terkenal di Strand, london (source -  link ) Baca "Twining on the Strand A sip of history". link  theculturetrip. Baca Twining Tea -  journeyoftea  dan  discover . Baca juga  teamagazine  dan  historyofceylontea . - - - - -

Sedikit Bacaan Awal Al-Farabi

Image
Berikut beberapa catatan pembacaan bab awal buku al-Farabi. al-Farabi merupakan filsuf besar yang pernah muncul dalam lipatan sejarah Islam. Beliau juga ahli falsafah Islam yang pertama mengemukakan pandangan alam dan falsafahnya secara integrasi dan komprehensif.   Apakah maksud falsafah? Menurut al-Farabi perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani philosophia. Philo bererti cinta dan sophia bererti hikmah. Jadi maksud falsafah adalah cinta kepada hikmah atau cintakan kebenaran. source - fb  embassy Statue Al-Farabi source -  link - - - - -

Al-Farabi 870-950 (Bacaan Buku RAJ)

Image
Entri mengenai al-Farabi pernah dipost pada Mei 2011 ( al-farabi ). Selepas menemui buku oleh RAJ yang menyenarai AF sebagai tokoh besar maka sedikit catatan dibuat berdasarkan bacaan tersebut. Nama sebenar Farabi ialah Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh (atau Uzlugh). Ia lebih dikenali sebagai al-Farabi sempena tempat kelahirannya Farab di Turkestan. Beliau lahir pada sekitar 870M. Ia berpindah ke Baghdad pada usia 40 tahun (sekitar tahun 910 M) dan menetap di sana selama 20 tahun. Beliau meninggal dunia di Damsyik Syria pada 950M akibat di serang oleh perompak ketika beliau dalam pengembaraan. Menurut RAJ al-Farabi adalah berfahaman Syiah. RAJ juga menyebut kurun ke 10 masehi dirujuk sebagai kurun Syiah kerana ia bertepatan dengan zaman peningkatan kegemilangan fahaman tersebut. Kota Baghdad sendiri sungguh pun menjadi kota khalifah pemerintah namun perlahan2 ia beralih tangan kepada kumpulan dinasti militari Syiah iaitu golongan Buyid. Pada zaman hayat al-Farabi...

Al-Farabi (872-950M)

Image
Al-Farabi terkenal sebagai tokoh falsafah. Beliau juga memberi sumbangan dalan bidang metafizik, logik, matematik dan muzik. Nama penuh beliau Abu Nasr Muhammad al-Farabi lahir pada 872M di daerah Khurasan atau Kazakhstan. Sumber berikut-  ptta , menulis tempat kelahiran sebagai Farab di Turkistan (kerana itu nama al-Farabi). Beliau meninggal dunia 950M di Damsyik. Baca –  wikipedia ;  muslimphilosophy . Bacalah buku “Teori politik Al-Farabi dan masyarakat Melayu” tulisan Idris Zakaria. Buku terbitan DBP tahun 1991. Dah beli lama tapi belum baca pun. Sebuah buku terbitan  Oneworld Publication  – Al-Farabi, Founder of Islamic Neoplatonism: His life, works and influence. Buku tulisan Majid Fikhry. Sebuah universiti di Khazakhstan  – Al-Farabi Kazakh National University ( kaznu ). Sebahagian  binaan bangunan Kellie’s Castle – – – – –

Dua Puluh Lima Cendekiawan Islam

Image
Selain buku mengenai tokoh sahabat dan tokoh musyrik dalam Qur’an turut dipasarkan ialah buku mengenai ilmuwan Islam yang telah menempa nama. Sebanyak dua puluh lima disenaraikan dalam buku berkenaan. Mereka ialah; Al-Batani (858-929M); Al-Biruni (973-1048); Al-Farabi (872-951); Al-Farghani (w.861); Al-Jahiz (781-869); Al-Jazari (1136-1206); Al-Khazin (900-971); Al-Khawarizmi (780-850); Al-Kindi (801-873); Al-Razi (865-925); Al-Zahrawi (936-1013); Al-Zarqali (1029-1087); Ibnu Al-Baitar (1188-1248);  Ibnu Bajjah (1095-1138); Ibnu Firnas (810-887); Ibnu Al-Haitham (965-1040); Ibnu Khaldun (1332-1406); Ibnu Al-Nafis (1213-..); Ibnu Miskawyh (932-1030); Ibnu Rusyd (1126-1198); Ibnu Sina (980-1037); Ibnu Tufail (1105-1185); Ibnu Zuhr (1091-1161); Jabir Ibnu Hayyan (750-815); Umar Khayyam (1048-1131) Senarai berikut pula disusun menurut tarikh riwayat hidup; 1. Jabir Ibnu Hayyan (750-815) 2. Al-Khawarizmi (780-850) 3. Al-Farghani (w.861) 4. Al-Jahiz (781-869) 5. Al-Kindi (801-873) 6. Ibn...

Tokoh Pengelasan Ilmu

Image
Membaca para awal bab pertama (m/s 3) buku Bicarawara Sains Islam disebut nama-nama tokoh pengelasan ilmu. Mereka adalah al-Khawarizmi al-Katib, al-Farabi, al-Ghazali, Ibn Khaldun dan al-Ikfani. Empat nama pertama merupakan tokoh yang biasa didengar namun tokoh kelima (al-Ikfani) adalah nama yang agak asing.  Siapakah al-Ikfani? Tidak banyak yang dapat di google tentang al-Ikfani. Mungkinkah nama tersalah eja yang sepatutnya al-Akfani. Elok benar kalau menyebut nama dalam penulisan disertakan sekali nama penuh atau setidak-tidaknya dinyata juga tahun kelahiran atau tahun kewafatan tokoh tersebut. Cara yang dicadang ini banyak diguna pakai dalam penulisan di Barat.   Pek KFC jualan Mekah – – – – –

Membaca al-Farabi

Image
Ada sebuah buku baru "Al-Farabi Filsuf Ulung Islam" terbitan Telaga Biru tahun 2017. Baru nak mula membacanya. Sebelum tu ada beberapa entri tentang al-Farabi yang elok juga dirujuk sebagai panduan. Entri "Tokoh Pengelasan Ilmu Muslim" source -  link  1. "Al-Farabi 872-950" source -  link  2. "Al-Farabi (RAJ 2006)" source -  link  3. "Dua puluh lima cendekiawan Islam" source -  link  4. Untuk mudah rujukan dibuat maka entri tersebut diulang siar pada entri berikutan. Pek kurma jualan di Mekah - - - - -

Origin Nama Visconti Ponte Vecchio Fountain Pen

Image
Sedikit mengenai Ponte Vecchio Bridge, Florence, Itali. The Ponte Vecchio, completed in 1345, is a iconic medieval stone arch bridge in Florence spanning the Arno River.  Known for its unique, narrow structure lined with jewelry and goldsmith shops. The Ponte Vecchio Bridge It survived World War II destruction.  It was the only bridge in Florence not destroyed by retreating German forces in 1944. Built in 1345 by Taddeo Gaddi (or Neri di Fioravanti), this three-arch stone bridge is famous for the shops built along its span. Originally occupied by butchers and tanners, Grand Duke Ferdinando I ordered in 1593 that only goldsmiths and jewelers could occupy the stalls to improve the smell and image of the area. - - - - -

Visconti Ponte Vecchio Fountain Pen (2015)

Image
Produk Visconti Ponte Vecchio fountain pen dibuat pada tahun 2015. The Visconti Ponte Vecchio fountain pen was created and produced in 1995 to celebrate the 650th Anniversary of the world famous bridge in Florence, Italy. Visconti Ponte Vecchio fountain pen (silver granite) The colors chosen for the three pens symbolize the different stones which were used to build the bridge: Adriatic stone (light gray/azurite with black streaks), Granite (a mixture of burgundy and gray tones), Pompei (deep cobalt blue and orange). Visconti Ponte Vecchio Pompei Blue Fountain pen in Adriatic Stone celluloid - - - - -

Visconti Fountain Pen Fiorenza Lava (2015)

Image
Pada 2015 Visconti mengeluar fountain pen nama Fiorenza Lava Limited Edition. Kenapa nama begitu? Visconti Fiorenza limited edition model is known for using Visconti's signature, durable volcanic lava material, which the company first introduced in 2010.   The "Fiorenza" line references Florence, the home city of the company, and is part of their broader, innovative lava-based collections.   The Visconti Fiorenza Lava Limited Edition source: ebay - link This pen is made of Visconti’s proprietary basaltic volcanic lava polymer, the constituent basaltic material having been sourced from Mt Etna, one of Italy’s active volcanoes.   The material is extremely durable and hygroscopic, in an elegant grey-blue-black-silver-honey-brown coloration.  The special coloration represents a world first in enhancing the volcanic lava polymer to a lustrous swirl texture.  - - - - -

Kisah Di Sebalik Seni - The Labyrinth of Crete

Image
Fountain pen Visconti mengenengah bentuk seni nama Labyrinth. Tepatnya 'the Labyrinth of Crete'. In Greek mythology, the Labyrinth of Crete was an elaborate, inescapable maze designed by Daedalus at Knossos. The Maze is for King Minos to imprison the Minotaur, a half-man, half-bull monster.  The hero Theseus famously killed the beast and escaped using a ball of thread provided by Ariadne. It symbolizes a legendary, dangerous puzzle, with possible roots in the complex, sprawling palace of the Minoan civilization. King Minos commissioned the Labyrinth to hide the Minotaur, which was born from his wife Pasiphaë and a Cretan bull.  The Minotaur is a monster that fed on humans, specifically Athenian youths demanded as tribute to satisfy Minos. Model sebuah Labyrinth Baca Layrinth Park dot gk - link . Minotaur's Labyrinth of Crete - link . - - - - -

Visconti Maze Fountain Pen

Image
Syarikat Visconti mengeluar fountain pen nama Maze. Produk tahun 2000s. Harga Euro3500. Maze is a network of paths and hedges  designed as a puzzle through which one has to find a way. The pen is designed as a "myth in motion," with a ruby ball navigating a golden maze, starting from a sculpted Minotaur head. It includes red enamel-inlaid caps. source: pens dot it  link . Visconti Maze fountain pen Artistic Elements: Ruby sphere, bronze Minotaur sculpture, aged bronze trims The barrel of the pen, in transparent acrylic resin, encloses the golden labyrinth, created with extremely high precision workmanship. From the encounter between art, culture, and craftsmanship, Visconti creates instruments that are not simply pens, but custodians of stories, symbols, and values. This exceptional writing instrument pays homage to the legendary Labyrinth of Crete and its guardian, the Minotaur, while transforming writing into an engaging and interactive experience. A labyrinth is an ancient...

Impak Solar Flare - Quebec (1989)

Image
Membaca m/surat 234 buku Space Exploration dicatat di sana suatu kesan akibat aktiviti solar flare pada 1989. Solat flare yang berlaku pada bulan Mac tahun 1989 telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di Quebec Canada. Solare flare tersebut memberi impak kepada bekalan elektrik yang disalur  oleh Quebec Hydro Power. Quebec mengalami gangguan bekalan ekeltrik agak lama bermula jam awal pagi 13 Mac 1989. source -  sciencenasa  mmm Baca "A scary 13th: 20 years ago, Earth was blasted with a massive plume of solar plasma". Link -  scientific  Mac 2009. "The day the Sun brought darkenss". Link -  nasa  Mac 2009. "A twenty 21st century view of the March 1989 magnetic storm". Link -  agupubs  2019. - - - - -

Laman Sejarah Untold

Image
Banyak catatan sejarah termuat dalam laman berikut ..  untoldH . Ruang dah kemas 0220 - - - - -

Berkonvo Budaya Traditional Hawaii

Image
Konvokasi merupakan detik bersejarah bagi pelajar. Majlis konvo dirai dengan berbagai gaya. DI Hawaii Uni Manoa seorang graduan membuat kejutan dengan memakai gaya tradisional Hawaai ketika di pentas konvo. Belaiu tidak memakai gown konvo sebaliknya malo iaitu satu gaya budaya Hawaii. Baca "UH Manoa graduate receives diploma in malo". hawaii news -  link .   Berkonvo dengan budaya malo Hawaii - - - - -

Tesis Manoa - Trade in Early Historic Period Kedah

Image
Sejarah Kedah mendapat liputan kajian oleh bukan sahaja dalam negara malah telah di kaji juga oleh pengkaji Manoa, Hawaii. Sebuah tesis "Trade, transportation and tributaries: exchange, agriculture and settlement distributionin early-historic period Kedah" ditulis oleh Jane Allen pada 1988. Tesis tersebut tebal 845 m/surat. Kajian Jane melibatkan teknik ujian radio karbon bagi lapisan tanah sekitar period 610-1020 dan tinggalan  tradeware sekitar period 1200-1250. Kajian Jane turut mendapat dokongan dan bantuan dari Prof Tunku Shamsul Bahrin, Jabatan Geografi UM dan Juga Shahrom Yub Pengarah Museum Negara. Introduction to exchange in Malaya; Methods and methodological considerations; The molding of a peninsula; The workable surface - soils and biotic resources; Human communities and settlement patterns; The historic evidence for trade in Malaya; Shrines, inscriptions and sherds in South-Central Kedah; Sites in a transformed landscape - geoarchaeological survey; Portable artif...

Masjid Tua Terbiar Kedah

Image
Dalam mencari bahan bacaan sejarah temu juga tentang masjid-masji tyang lama terbiar di Kedah. Antaranya adalah masjid lama Bukit Peng, Bandar Baharu. Ada yang memakai nama Bukit Apeng (usm -  link ). Sebuah lagi masjid lama adalah di Pengkalan Kakap, Merbok yang dibina sekitar 1800 ( link ). Masjid baru cuma bersebelahan iaitu Masjid Abdul Rahman (art melayu -  link ). Masjid Lama, Bukit Peng, Bandar Baharu Baca "Lawatan tapak ke masjid lama Bukit Peng". mufti kedah -  link . - - -   Masjid lama Pengkalan Kakap, Merbok Baca "Masjid lama Pengkalan Kakap kebanggaan pedagang Islam". utusan malaysia -  link . Baca juga "Hari Raya past". nst -  link . - - - - -

Sedikit Mengenai SAT dan Perang Bisik

Image
Setelah membaca beberapa artikel sejarah tentang Perang Bisik ada pula beberapa catatan tentang sengketa pemerintahan ketika itu. Persengketaan ini melibatkan SAT dan dua orang besar istana Tunku Bisnu dan Tunku Yaakub. Persengketaan berlaku selepas kemangkatan Sultan Abdullah al-Mukarram (r.1778-1797). SAM diganti oleh anaknya Tengku Pangeran (yang kemudian digelar Sultan Ahmad Tajuddin II). Oleh kerana TP masih kanak-kanak maka pemerintah sementara yang memangku adalah Tunku Dhiauddin. TP mula naik takhta pada 1803 memakai gelaran SAT II. Tunku Dhiauddin pula berikutnya diberi kuasa menguasai Perlis. Beliau mangkat pada 1813. Apabila TD mangkat Tunku Yaakub (yang ketika itu Raja Muda Kedah) mohon untuk mengganti TD di Perlis. Namun tidak diizin dan jawatan tersebut diserah kepada Tunku Sulaiman. Ini menimbulkan kemarahan TY dan beliau berdendam serta menemui Raja Ligor dan berpakat menjatuhkan SAT. Pada 1820 mereka berdua mengadap Raja Siam untuk melancar serangan ke atas Kedah. Maka...

Sejarah Ekoran Perang Bisik

Image
Apa pula sejarah seterusnya ekoran Perang Bisik. Sedikit catatan dari nota sejarah melayu: Sejarah Setul 1821-1897 setelah Perang Musuh Bisik Pada hari Ahad 12 November 1821, Kedah mengalami peristiwa pahit dalam sejarah. Ketibaan armada Siam menyerang dan menawan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin (SAT) yang gagal mendapat bantuan Inggeris terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka. Siam telah mengamalkan dasar "pecah dan perintah" telah membahagikan Kedah kepada beberapa daerah iaitu Kedah yang digelar Saiburi, Kubang Pasu, Kayang (Perlis) dan Setul. Dalam tahun 1839, Tunku Anum bersama Tunku Bisnu dan Syed Hussain telah berangkat ke Ligor. Di atas kepintaran politik dan diplomasi Tunku Anum berjaya mengembalikan takhta Kedah kepada SAT pada 1841. Di atas mengenang jasa itu dengan persetujuan pihak Siam SAT bersetuju menyerahkan tiga buah jajahan Kedah kepada tiga tokoh tersebut; Tunku Anum - memerintah Kubang Pasu; bersemayam di Kota Pulau Pisang, Tunjang. Tuan Syed Hussain - m...